TUDM pangkalan Sendayan

TUDM pangkalan Sendayan

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membuat kenyataan penuh tidak lama lagi mengenai pangkalan barunya di Sendayan, Negeri Sembilan yang akan menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi, di sini
kelak.

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membuat kenyataan penuh tidak lama lagi mengenai pangkalan barunya di Sendayan, Negeri Sembilan yang akan menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi, di sini
kelak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM akan menjelaskan lebih lanjut mengenai butiran berkaitan kos pembangunan dan perolehan penggantian aset-aset yang akan dibawa ke pangkalan baru TUDM tersebut.

“Selain itu, TUDM juga akan menjelaskan mengenai operasi pergerakan udara di pangkalan baru itu kerana buat masa ini pangkalan TUDM di Sungai Besi turut digunakan oleh pihak polis dan agensi kerajaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Boustead Defence Technologies Sdn Bhd dan Prokhas Managers Sdn Bhd di sini semalam, ketika diminta mengulas lanjut mengenai pangkalan baru TUDM di Sendayan. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Pada 28 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kawasan Sendayan, yang terletak kira-kira 12 km dari Seremban, sebagai pangkalan baru TUDM bagi menggantikan pangkalannya di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ahmad Zahid berkata apa yang penting dan perlu diutamakan oleh pemaju tapak Pangkalan TUDM Sungai Besi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah mereka harus membangunkan kawasan perumahan mampu milik untuk rakyat dan bukan hanya menumpukan perhatian untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan komersil sahaja.

Beliau berkata pihaknya menerima beberapa cadangan lokasi untuk pangkalan baru TUDM Sungai Besi sebelum ini dan akhirnya kerajaan memutuskan Sendayan menjadi lokasi terbaik kerana ia tidak jauh dari Lembah Klang yang akan memudahkan para kakitangan TUDM kelak.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Mengenai Dialog Shangri-La-IISS (Institut Kajian Strategik Antarabangsa) ke-10 yang akan berlangsung minggu ini di Singapura, Ahmad Zahid berkata Najib dijadual menyampaikan ucaptama pada Jumaat manakala beliau sendiri akan membentangkan kertas kerja bertajuk “Maritime Security” pada Ahad ini.

Pada sesi dialog itu, perdana menteri akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates, katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau pula akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Pertahanan China, Liang Guanglie dan Menteri Pertahanan Singapura yang baru, Dr Ng Eng Hen dan beberapa menteri pertahanan yang lain.