Khidmat komuniti PLKN lahir generasi bertanggungjawab

TAWAU – Penganjuran program Khidmat Masyarakat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bersama masyarakat Kampung Tanjong Batu, Tawau mampu melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

180614PJOT5

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, penganjuran program Khidmat Masyarakat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bersama masyarakat Kampung Tanjong Batu, Tawau mampu melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Katanya, rasa tanggungjawab dan kecaknaan pelatih PLKN yang menyertai program itu terserlah dengan komitmen yang diberikan pada program itu dan boleh mengeratkan hubungan masyarakat dan percambahan minda.

Hamisa turut memuji usaha pihak penganjur kerana mampu menjayakan program seperti itu yang dilihat mampu menyatupadukan masyarakat selain dapat memperkenalkan PLKN kepada masayrakat.

Beliau berkata demikian semasa Program Khidmat Komuniti PLKN San Shui bersama Komuniti 1Malaysia Kampung Tanjong Batu, Tawau di sini kelmarin.

Turut hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjong Batu, Mohd Zaki Harry Susanto, Pemaju Mukim Tanjong Batu, Joh Mohd Amin serta ahli jawatankuasa Kominiti 1 Malaysia Kampung Tanjong Batu dan perserta PLKN.

See also  Air Selangor calls for public support in Box of Hope initiative

Kira-kira 200 peserta dari PLKN Kem Kem PLKN San Shui Tawau dan penduduk kampung hadir pada program Khidmat Komuniti yang diadakan di kampung tersebut..

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, program seumpama itu diharap mampu mendidik mereka agar memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing ke arah menyatupadukan semua lapisan masyarakat.

“Kita ingin lihat keamanan dan kesejahteraan yang berterusan dalam masyarakat di samping menjadi satu tanggungjawab sosial yang amat baik bagi menyatupadukan segenap lapisan masyarakat,” kata beliau

Beliau turut menggesa perserta PLKN yang mewakili golongan muda diingatkan supaya mengamalkan budaya bersatu untuk bersama-sama menjaga keamanan dan menolak usaha-usaha yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Kerajaan telah membina dasar-dasar untuk kebaikan bersama walaupun pada awalnya ditentang oleh pihak-pihak lain yang berkepentingan.

See also  Taylor's Uni shines in QS World University Rankings

“Generasi muda juga perlu membuang segala persepsi negatif yang dilontarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan perlu menyokong segala usaha kerajaan demi kebaikan bersama,” tegas beliau.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sempena program itu seperti gotong royong membersih kawasan kampung, membersih perkarangan masjid Kampung Tanjong Batu, senam robik bersama penduduk.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi