Pusat Latihan Orang Buta Taman Cahaya pohon bantuan gantikan van usang

Sandakan – Van yang digunakan oleh Pusat Latihan Kemahiran bagi Orang Buta Taman Cahaya di Sandakan telah pun menjangkau usia 18 tahun. Tidak lama lagi, ia akan genap berusia 20 tahun berkhidmat kepada pusat tersebut.

190614Van

Van yang digunakan oleh Pusat Latihan Kemahiran bagi Orang Buta Taman Cahaya di Sandakan telah pun menjangkau usia 18 tahun. Tidak lama lagi, ia akan genap berusia 20 tahun berkhidmat kepada pusat tersebut.

Selama ini, van tersebut telah banyak menabur bakti kepada pihak pengurusan pusat serta pelatih yang ditempatkan disitu.

Ia digunakan untuk segala urusan yang berkaitan dengan pusat latihan tersebut dan tanpa satu-satunya kenderaan ini, pihak pengurusan pusat latihan tentunya mengalami kesukaran.

190614Van2

Namun, setiap sesuatu pasti sampai ke penghujungnya termasuklah van ini yang kian dimamah usia

Samada van ini akan dapat mencecah usia genap 20 tahun, pihak pengurusan pusat hanya mampu menutup sebelah mata kerana keadaan van tersebut yang kian usang dan kerap kali mengalami kerosakkan.

Walaubagaimanapun, isunya disini bukannya samada van tersebut mampu mencapai usia dua dekad tetapi, ia adalah berkenaan dengan keadaan van tersebut yang semakin teruk.

Jika ia rosak sama sekali dan tidak boleh digunakan, maka ini akan merencatkan lagi urusan harian pusat tersebut. Segala-galanya tergendala.

See also  Dettol promotes hygiene in mosques for Ramadhan

Pengerusi pusat latihan berkenaan Denny Cheong Sung Chin berkata, satu-satunya van yang mereka miliki itu kini sudah berusia hampir 18 tahun dan berkeadaan usang serta kerap mengalami kerosakan.

Akibat itu, mereka mengalami kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain selain kebimbangan mereka akan keselamatan penumpang.

“Pusat latihan ini memerlukan bantuan untuk menggantikan van tersebut. Ia adalah satu-satunya kenderaan kami untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Pesta Menuai anjuran pusat latihan itu baru-baru ini.

Van itu digunakan untuk menghantar pelatih pusat latihan ke hospital dan ke pusat bandar bagi membeli barang keperluan.

Kata Denny lagi, ia turut digunakan untuk pergi ke kawasan pedalaman bagi tujuan mengenalpasi orang yang cacat penglihatan untuk diambil sebagai pelatih di pusat berkenaan.

Penyelia pusat latihan berkenaan Ibrahim Abdul Hamid pula menceritakan salah satu pengalaman mereka menaiki van tersebut untuk urusan rasmi.

See also  “Ramadhan Rays of Care” initiative brightens spirits at National Cancer Institute

Van itu pernah mengalami kerosakan yang teruk ketika mereka dalam perjalanan ke Kota Kinabalu daripada Sandakan untuk menghadiri satu mesyuarat.

“Kami terpaksa berpatah balik ke Sandakan ketika van tersebut mengalami kerosakan berdekatan kawasan Telupid yang terletak lebih 80km dari Sandakan” katanya.

Oleh itu, beliau turut memohon bantuan sumbangan orang ramai agar pihak mereka dapat membeli van baru untuk menggantikan van usang tersebut.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi