Warga Indonesia di Kuantan dibunuh di kebun

Warga Indonesia di Kuantan dibunuh di kebun

Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kebun nangka milik persendirian di Tebing Tinggi, Bera semalam.

Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kebun nangka milik persendirian di Tebing Tinggi, Bera semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Nordin Mustapha berkata, mangsa yang dikenali sebagai Wak Temuji, 40, bekerja dan tinggal di kebun berkenaan sejak dua bulan lepas ditemui dengan kesan kecederaan di bahagian
kepala.

“Mangsa dipercayai dibunuh ekoran terdapat kesan pukulan dengan objek tumpul di kepala,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, polis turut menemui kayu dan batang cangkul dipercayai digunakan untuk memukul lelaki terbabit kira-kira 20 meter dari pondok didiami mangsa.

Hasil bedah siasat oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pagi tadi mengesahkan mangsa mati akibat dipukul dengan objek keras, katanya.

Nordin berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki terbabit oleh orang awam pada 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, ketika ditemui mangsa dalam keadaan tertiarap, berseluar panjang dan tidak berbaju.

Katanya, polis kini sedang mengesan seorang wanita dipercayai isteri mangsa yang tinggal dengannya di pondok tersebut.

Beliau berkata setakat ini motif pembunuhan masih disiasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– Bernama