BN lancar skim insurans 1Azam untuk Sabah bernilai RM12 juta

BN lancar skim insurans 1Azam untuk Sabah bernilai RM12 juta

Seramai 32,412 Ketua Isi Rumah (KIR) di Sabah yang terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin, kini mendapat perlindungan di bawah Skim Insurans 1Azam,

TAWAU – Seramai 32,412 Ketua Isi Rumah (KIR) di Sabah yang terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin, kini mendapat perlindungan di bawah Skim Insurans 1Azam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya jumlah itu bakal memberi manfaat kepada 194,472 anggota Isi Rumah(AIR) jika berlaku kematian atau hilang upaya kepada KIR berkenaan. Beliau berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 100,000 KIR diseluruh negara yang diberi perlindungan insurans di bawah skim berkenaan melibatkan kira-kira 500,000 AIR.

“Skim perlindungan insurans ini adalah salah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah yang diterajui Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga danMasyarakat. Ia bertujuan untuk membantu isi rumah dari segi kewangan jika terjadi kematian atau hilang upaya untuk bekerja ke atas KIR mereka,” katanya kepada pemberita, selepas melancarkan Skim Insurans 1Azam peringkat negeri Sabah disini hari ini.

Pada majlis berkenaan Shahrizat turut menyampaikan bayaran pampasan berjumlah RM170,000 kepada seramai 10 AIR dari kawasan Parlimen Tawau, Silam, Kalabakan dan Semporna. Beliau juga menyampaikan Sijil Skim Insurans 1Azam kepada 500 KIR miskin di kawasan Parlimen Tawau.

Menurut Shahrizat kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM12 juta untuk Skim Insurans 1Azam yang bermula tahun ini dan setakat bulan ini sahaja RM3 juta telah dibelanjakan sebagai bayaran pampasan kepada 200 keluarga yang dilindungi Skim Insurans 1Azam di seluruh negara.

Katanya pengenalan skim insurans berkenaan merupakan bukti keprihatinan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) terhadap golongan berpendapatanrendah sekali gus menterjemahkan kerjasama erat antara kerajaan Negeri Sabah danKerajaan Persekutuan. Tiada makluman terperinci mengenai skim 1Azam yang terkandung dalam laporan ini.