Mahu akhbar laris, etika kewartawanan diketepikan

Mahu akhbar laris, etika kewartawanan diketepikan

Kerjaya wartawan memainkan peranan penting dalam usaha memberi laporan, mendidik dan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat umum.

Gambar hiasan

 

Kerjaya wartawan memainkan peranan penting dalam usaha memberikan laporan, mendidik dan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat umum.

Sebarang kenyataan atau maklumat yang salah dan bercanggah dengan laporan boleh memberi persepsi negatif di kalangan komuniti dan NGO.

Sebagai contoh, laporan yang disampaikan oleh sebuah akhbar tabloid arus perdana mementingkan untuk melariskan jualan akhbar tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

Memetik laporan akhbar tabloid hari ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Sebaliknya, salah satu akhbar arus perdana melaporkan, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan atau dibaham anjing.

Malah, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa saudaranya.

Secara tidak langsung, laporan ini memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya para pencinta haiwan di negara ini.

Mereka menggelarkan binatang peliharaan itu sebagai ‘man’s best friend’ kerana dikatakan mempunyai hubungan akrab antara manusia dan haiwan.

Sehubungan itu, setiap berita yang akan dipaparkan kepada masyarakat perlu diselidiki terlebih dahulu untuk mengelakkan timbulnya persepsi negatif dalam usaha mendidik masyarakat negara ini.