Sekolah Kafa Al Falah Klang terima peralatan mengajar

Sekolah Kafa Al Falah Klang terima peralatan mengajar

Selaras dengan dasar pendidikan Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat keperluan mengajar diperolehi secukupnya, Sekolah Kafa Integrasi Al Falah Sungai Pinang, Klang mendapat bantuan dari Kerajaan Negeri.

Selaras dengan dasar pendidikan Kerajaan Negeri untuk melihat keperluan mengajar diperolehi secukupnya, Sekolah Kafa Integrasi Al Falah Sungai Pinang, Klang mendapat bantuan dari Kerajaan Negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Kim berkata, pihaknya berharap sumbangan ini akan dapat membantu kearah kemajuan sekolah tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM55 ribu setahun bagi kawasan Sungai Pinang.

“Kami berusaha untuk mengagihkan bantuan ini secara adil dan mendahulukan kepada pihak yang memerlukan seperti yang kami lakukan sekarang,” katanya  dalam majlis sumbangan peralatan mengajar, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang itu telah menyumbangkan beberapa peralatan seperti mesin salinan digital, LCD projektor dan sistem audio.

See also  Compulsory preschool: Worthy goal needs strong foundation

Beliau turut memohon maaf diatas kelewatan pemberian bantuan ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan bantuan ini lewat dihantar selama sebulan.

Pengerusi Sekolah Kafa Integrasi Al-Falah, Musaruddin Yusuf berkata, pihaknya sememangnya menunggu bantuan peralatan seperti ini.

Menurutnya, sekolah yang menempatkan 200 pelajar dan 13 guru ini masih lagi kekurangan peralatan mengajar dan masih menggunakan peralatan lama seperti kapur dan papan hitam.

“Kami berharap sumbangan seperti ini akan dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar dan guru-guru di sekolah ini,” katanya.