Tubuh Bank Genetik Borneo untuk elak kepupusan spesis

KOTA KINABALU – Repositori untuk sampel biologi daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan Borneo boleh disimpan dan dipelihara untuk penyelidikan dan aplikasi masa depan.

Universiti Kolej Sabah Foundation Genetic Bank Borneo
Naib Canselor Universiti Kolej Sabah Foundation (UCSF) Profesor Ghazally Ismail bersama salah seorang panelis yang hadir di persidangan.

Naib Canselor Universiti Kolej Sabah Foundation (UCSF) Profesor Ghazally Ismail mencadangkan penubuhan sebuah bank genetik Borneo sebagai salah satu usaha untuk memulihara kepelbagaian spesis yang terdapat di negeri Sabah.

Beliau mengutarakan usaha ini di Persidangan Serantau mengenai Kawasan Larangan dan Pengurusan Biodiversiti di Asia Tenggara di Kota Kinabalu semalam.

“Pengetahuan mengenai genomik spesis yang lengkap adalah penting dalam mengurangkan risiko berkaitan dengan pembiak baka haiwan dalam kurungan,” kata beliau.

Ghazally berkata bahawa, kejayaan Zoo Buffalo dan Zoo Cincinnati di Amerika Syarikat awal bulan ini yang berjaya menghasilkan seekor anak badak melalui proses permanian beradas sperma yang disimpan beku dalam bank gen sejak 10 tahun yang lalu telah mendorong inisiatif ini.

See also  DRB-HICOM University: Affordable loans now available
Tashi-and-baby-Monica
Monica, anak badak yang dilahirkan melalui proses permanian beradas sperma yang disimpan beku dalam bank gen sejak 10 tahun.

“Repositori untuk sampel biologi daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan Borneo boleh disimpan dan dipelihara untuk penyelidikan dan aplikasi masa depan,” ujar beliau.

“Sampel sperma, tisu, darah dan DNA boleh disimpan cryogenically di -195 darjah Centigrade dan disediakan untuk tujuan penyelidikan oleh saintis masa depan,” katanya lagi dalam kuliah pleno beliau.

Variasi genetik merupakan dimensi ketiga selepas ekosistem dan kepelbagaian sepsis yang sering diabaikan.

Aspek ini katanya adalah penting dalam usaha untuk menyelamatkan spesis-spesis yang kian berdepan dengan kepupusan.

“Variasi kecil dalam komposisi genetik spesies boleh dikaji berdasarkan susunan gen yang terdapat dalam genom. Berita baik pula adalah, kajian lengkap mengenai genom semakin cepat dan murah disebabkan oleh kemajuan teknologi,”

See also  APU lecturer's animated film wins award at festival
Universiti Kolej Sabah Foundation Genetic Bank
Naib Canselor Universiti Kolej Sabah Foundation (UCSF) Profesor Ghazally Ismail

“Manakala usaha untuk menyelamatkan spesis yang kian terancam ( Badak Sumatera) akan mendapat manfaat yang besar dalam hal ini,” tambah beliau lagi.

Persidangan itu yang dianjurkan oleh Yayasan Sabah telah dihadiri oleh wakil-wakil dari beberapa negara di rantau ini termasuk Aage V Jensen, Yayasan Amal dan NEPCON.

Dalam persidangan tersebut, isu-isu serta cabaran dalam pemuliharaan biodiversiti Sabah telah dibincangkan.

Gary Louis Supi