Kemalangan babit empat bas ekspres, lima cedera

Kemalangan babit empat bas ekspres, lima cedera

Lima penumpang bas ekspres cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah lagi bas ekspres dan sebuah kereta di Km 282.5 Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) dekat sini hari ini.

Lima penumpang bas ekspres cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah lagi bas ekspres dan sebuah kereta di Km 282.5 Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) hari ini.

Ketua Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata kelima-lima penumpang bas berkenaan yang berusia antara 20 hingga 45 tahun yang hanya cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 1.45 pagi tadi apabila bas ekspres terbabit merempuh belakang sebuah bas ekspres di hadapan yang berhenti di lorong kecemasan, katanya kepada pemberita.

Mohd Rodzi berkata pada masa sama sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lagi bas ekspres yang mengekori dari belakang turut berhenti tetapi dirempuh oleh sebuah bas ekspres dari belakang.

See also  Glow-in-the-dark road markings to expand across Selangor

Penumpang dalam tiga buah lagi bas dan kereta tidak mengalami kecederan, katanya.

Kesemua kenderaan terlibat dalam perjalanan dari utara ke selatan menuju ke Kuala Lumpur.

Sementara itu dalam kejadian lain, seorang pemandu kereta terbunuh selepas keretanya terbabas dan merempuh penghadang jalan di Km 377.5 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Slim River semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 5 petang itu dikenali sebagai Sue Li Zhi, 21, berasal dari Taman Mansion, Ipoh.

Jurucakap polis Slim River berkata mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

– Bernama