Samsudin Yahya: Ibu bapa perlu libatkan diri dalam kegiatan murid

SANDAKAN – Cara ini akan memberi motivasi dan peransang ke arah mewujudkan pelajar-pelajar cemerlang bukan sahaja akademik malah dalam aspek pembangunan kendiri anak-anak itu

Adun Sekong Sandakan Samsudin Yahya Laptop 1Malaysia 1
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya menggesa para ibubapa dan penjaga pelajar agar melibatkan diri secara langsung dalam program-program pembangunan sahsiah dan akademik pelajar yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun pihak sekolah.

Beliau berkata kehadiran ibu bapa serta ahli-ahli PIBG dalam suatu perkumpulan atau majlis ilmu di sisi anak-anak adalah menjadi suatu sentuhan ajaib kepada anak-anak tersebut.

Katanya melalui cara ini akan memberi motivasi dan peransang ke arah mewujudkan  pelajar-pelajar cemerlang bukan sahaja akademik malah dalam aspek pembangunan kendiri anak-anak itu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat SK Bambangan dan penyampaian komputer 1 Malaysia kepada pelajar dan penyerahan Tabung PIBG SK Bambangan, Sandakan.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation
Adun Sekong Sandakan Samsudin Yahya Laptop 1Malaysia
Samsudin menyampaikan komputer 1 Malaysia kepada pelajar SK Bambangan, Sandakan.

Samsudin juga menyatakan bahawa setiap diri pelajar perlu ada pengorbanan dan usaha tanpa henti untuk menggapai kejayaan dengan menjadikan kejayaan serta pencapaian tokoh-tokoh ternama dalam negara serta luar negara yang mencapai kegemilangan dan berada di puncak dengan hasil kerja keras serta menuntut ilmu tanpa henti.

Beliau turut berkata kegagalan ibu bapa menyesuaikan diri dalam usaha mendidik anak-anak menyebabkan mereka sukar menerima teguran dan nasihat yang diberikan.

“Ibu bapa perlu memperbanyakkan komunikasi dengan anak-anak selain sentiasa membuka pemikiran agar setiap tindakan dapat diikuti oleh mereka,” katanya.

“Dalam usaha memastikan hasrat melahirkan anak-anak cemerlang dapat dicapai, ibu bapa juga harus memberi tumpuan pada empat komponen penting iaitu institusi kekeluargaan, pelajar itu sendiri, sekolah dan persekitaran.

See also  Penang set to host 'Leela Jhansi': A poignant exploration of child marriage

Di majlis itu beliau turut menyampai komputer 1 Malaysia kepada para pelajar sekolah dan penyampaian sumbangan kepada Tabung PIBG SK Bambangan, Sandakan.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi