Kekejaman tentera Jepun semasa Perang Dunia ke-2 sukar dilupakan

SANDAKAN – Pengalaman pahit ini dibukukan untuk tatapan umum beberapa dekad kemudian oleh penulis-penulis seperti Paul Ham, Don Wall dan Lynette Silver.

Sandakan Memorial-Day Australian Soldiers Pay Tribute Japanese Army Atrocities World War 2

Kekejaman tentera Jepun di Sandakan semasa perang dunia kedua dahulu sukar dilupakan dan pastinya menghantui sesesiapa yang pernah menjadi mangsa atau saksi kepada kekejaman tersebut.

Pegawai perhubungan kepada The National Malaya and Borneo Veteran Associations (NMBVAA) Ken McNeill berkata, terlalu banyak kekejaman yang berlaku dan ia sesuatu yang sukar diterima.

“Ia sangat teruk dan apabila perkara ini sampai ke pengetahuan parlimen Australia, mereka memutuskan untuk merahsiakan tentera yang terselamat,” McNeill berkata.

Parlimen Australia ketika itu memutuskan bahawa, kesemua tentera Australia yang terselamat dalam tahanan serta peristiwa Perjalanan Maut daripada Sandakan ke Ranau dirahsiakan.

Keputusan ini diambil oleh parlimen Australia ketika itu kerana merasakan rakyat Australia belum bersedia atau tidak dapat menerima hakikat kekejaman yang berlaku, kata beliau.

Perjalanan Maut dari Sandakan ke Ranau

Ribuan orang telah menemui maut dalam peristiwa Perjalanan Maut dari Sandakan ke Ranau pada tahun 1945.

Sandakan Memorial-Day Australian Soldiers Pay Tribute Japanese Army Atrocities World War 2 1
Tentera Australia dari Company B, 2/43rd Batalion Infantri, yang baru kembali daripada tugasan meronda di Beaufort. Gambar tahun 1945.

Pada tahun tersebut, apabila pihak Berikat semakin hampir, komandan Kem Susumi Hoshijima telah memutuskan untuk memindahkan baki tahanan dengan mengerahkan mereka berjalan kaki dari Sandakan ke pedalaman Ranau yang letaknya kira-kira 250km jauhnya.

Kurang 50 orang daripada ribuan tahanan yang berjaya sampai di kem tahanan Ranau. Namun, mereka kemudiannya di bunuh atas perintah tertinggi Jepun.

Yang diketahui terselamat daripada peristiwa itu adalah seramai enam orang yang berjaya melarikan diri dari tahanan di Ranau dan masuk ke hutan.

Mereka kemudiannya dibantu orang tempatan sehinggalah mereka di selamatkan oleh tentera Berikat.

Pengalaman pahit ini hanya dapat dibukukan untuk tatapan umum beberapa dekad kemudian oleh penulis-penulis seperti Paul Ham, Don Wall dan Lynette Silver, menurut McNeill lagi dalam ucapan beliau semasa Hari Memperingati yang diadakan di Taman Memorial Sandakan, baru-baru ini.

See also  A solemn memorial stone for the gruelling Siam-Burma Railway legacy

Kekejaman Tentera Jepun

Beliau turut menceritakan bagaimana dua orang tentera Australia, iaitu Kapten Matthews dan Leftenan Wells, yang disoal siasat dengan teruk setelah tentera Jepun menjumpai radio yang dibina dalam kem tahanan di Sandakan.

Mereka kemudiannya dihantar ke kem tahanan Kuching dan kemudiannya menerima beberapa lagi siri penderaan yang sungguh menyiksakan.

McNeill berkata, kedua-dua mereka disoal siasat selepas mendapati mereka adalah dalang di sebalik pembinaan radio tersebut.

“Ia bermula apabila berlakunya perselisihan faham diantara pekerja-pekerja Cina di lapangan terbang yang melakukan urusan bekalan baju singlet. Singlet ketika itu adalah sama pentingnya seperti baju T-Shirt hari ini.”

Sandakan Memorial-Day Australian Soldiers Pay Tribute Japanese Army Atrocities World War 2 1_Japanese Commander Masao Baba
Komander Tertinggi Tentera Jepun di Borneo, Leftenan General Masao Baba, dalam perjalanan ke lapangan terbang Labuan untuk menandatangani pernyerahan kuasa.

“Apabila tentera Jepun bertanyakan tentang perselisihan ini, mereka kemudiannya mendapat tahu bahawa urusan tersebut turut melibatkan tahanan perang dan akhirnya kewujudan radio dalam kem tahanan telah terbocor,” katanya lagi.

Tentera Jepun dengan pantasnya menggeledah kem tahanan tersebut dan kemudiannya berjaya menemui radio tersebut.

Kapten Matthews dan Leftenan Wells telah ditangkap dan dihantar ke Kem Tahanan Kuching setelah disoal siasat dan disiksa dengan teruk.

Turut dihantar bersama mereka ialah 13 orang rakyat Sabah yang mana lima daripada mereka dihukum bunuh manakala lapan lagi dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Hakikat sebenarnya, mereka yang dijatuhkan penjara seumur hidup sebenarnya telah dibiarkan mati kelaparan dalam tahanan.

“Kesemua 13 rakyat Sabah tersebut dikebumikan dalam satu lubang yang terletak berhampiran dengan gereja Katolik di Kuching. Tempat ini dikenali sebagai kubur wira Perang Dunia Kedua, dan walaupun letaknya tidak jauh daripada satu lagi kubur Wira Perang Konfrontasi,namun kubur wira Perang Dunia Kedua ini tidak begitu dikenali,” ujar beliau.

See also  A solemn memorial stone for the gruelling Siam-Burma Railway legacy

Kapten Matthew mangsa paling berani

Keengganan Kapten Matthew untuk mendedahkan apa yang diketahuinya kepada Kempetai Jepun telah menyelamatkan ramai nyawa.

Walaubagaimanapun, beliau sendiri tidak lari daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun yang menyiksa beliau lima kali sehari semasa di Kuching.

Sandakan Memorial-Day Australian Soldiers Pay Tribute Japanese Army Atrocities World War 2 3
Prebet J.M. Curry daripada 2/10th Ordnance Workshop yang menjadi tukang masak kepada Tahanan Perang di Pusat Tahanan Perang Kuching. Beliau memakai cawat yang sama selama 2 tahun, yang diberikan oleh tentera Jepun.

Antara siksaan yang diterima Kapten Matthews adalah ‘log treatment’, ‘face whipping’, ‘spine bashing wooden scabbards’,’jujitsu and slipper slapping’.

Selepas itu, beliau telah dibicarakan tetapi perbicaraan itu tidak memberikan beliau apa-apa hak untuk membela diri. Akhirnya, Kapten Matthews dijatuhkan hukuman mati di tangan skuad penembak tentera Jepun.

Komandan kem tahanan perang di Kuching ketika itu, Kolonel Suga, menggambarkan Kapten Matthews sebagai orang yang paling berani yang pernah beliau temui, kata McNeill lagi.

Selain itu, McNeil berkata, penduduk tempatan juga tidak lari daripada menerima siksaan tentera Jepun yang beliau gambarkan sebagai ‘Monsters’.

Dua insiden yang beliau sebut ialah berkenaan dengan dua orang penduduk berbangsa Cina. Seorang lelaki dan seorang lagi wanita yang sedang sarat mengandung.

Kebencian pihak Jepun terhadap orang-orang Cina di negara mereka terbawa-bawa hinggalah ke Sabah atau lebih dikenali sebagai North Borneo ketika itu.

National Collection

Mejar Jeneral G.F. Wootten daripada Division 9 menerima penyerahan kuasa di lapangan terbang Labuan daripada Leftenan Jeneral Masao Baba yang merupakan pemerintah tertinggi tentera Jepun di Borneo.

Mereka telah membelah perut wanita yang sarat mengandung itu menggunakan pisau Bayonet hanya kerana rasa ingin tahu mereka terhadap jantina anak yang dikandung, kata McNeill.

Manakala lelaki Cina tersebut pula telah ditusuk Tendon Achillesnya dengan wayar lalu digantung pada tiang pos bolasepak di padang Sandakan.

“Seperti yang anda dapat bayangkan, beliau mati dalam keadaan yang sungguh mengerikan,” kata beliau lagi.

NMBVAA yang terdiri daripada bekas tentera telah melawat Taman Memorial Sandakan baru-baru ini untuk memberikan penghormatan kepada perajurit-perajurit yang terkorban semasa perang Dunia Kedua dahulu.

Gary Louis Supi