TNB dan UiTM diminta hentikan soal selidik di Pos Lanai

CAMERON HIGHLANDS – Soal-selidik menberikan gambaran Orang Asli tidak mempunyai hak terhadap tanah yang mereka duduki dan alam sekitarnya.

Aduan-2
Masyarakat Orang Asli Pos Lanai setelah membuat laporan polis.

Jaringan Kampung Orang Asli Semenajung Malaysia (JKOASM) menyokong tindakan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai yang telah membuat beberapa laporan polis terhadap Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Tenaga National Berhad (TNB) berkenaan paksaan yang berterusan terhadap masyarakat Orang Asli di Pos Lanai untuk menerima Projek Empangan Ulu Telom.

Menurut jurucakap JKOASM, Shafie Dris, Orang Asli Pos Lanai sudah pun menghantar dua memorandum bantahan pembinaan empangan kepada TNB Pusat dan negeri Pahang.Masyarakat Orang Asli Pos Lanai

 

Menurut kenyataan bertulis kepada CJMY, program “soal-selidik” yang dibuat oleh TNB dan UiTM seolah-olah menberikan gambaran bahawa Orang Asli Pos Lanai tidak mempunyai hak terhadap tanah yang mereka duduki dan alam sekitarnya.

Walaupun sebelum ini pihak Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai telah beberapa kali berunding dengan TNB untuk menghentikan program soal selidik tersebut, TNB masih berkeras dan enggan akur dengan permintaan jawatankuasa itu.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

 

Jeffri Hassan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah Dan Wilayah Adat, Pos Lanai
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah Dan Wilayah Adat, Pos Lanai Jeffri Hassan menunjukkan salinan laporan polis.

Shafie juga menegaskan dalam kenyataanya bahawa wujudnya keraguan dalam soal-selidik itu kerana soalan-soalan yang diajukan kepada penduduk tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan JKOASM dan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah dan Wilayah Adat Kg Orang Asli Pos Lanai.

JKOASM menuntut agar pihak TNB dan UiTM menghormati keputusan Orang Asli Pos Lanai yang dikemukan melalui Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah & Wilayah Adat Kg Orang Asli Pos Lanai.

JKOASM juga menuntut agar Pengarah Urusan TNB menjawab memorandum bertarikh 21 Mei 2014 dan mengadakan perbincangan jawatankuasa bertindak terlebih dahulu sebelum sebarang program soal selidik dijalankan.

Empangan Ulu Telom Dam Pos Lanai Orang Asli Natives 1

Sebelum ini seramai 22 penduduk kampong Orang Asli Pos Lanai membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan, Kuala Lipis, terhadap Pengarah Urusan TNB Dato’ Seri Ir. Hj. Azman bin Mohd dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Pada 22 Mei 2014, lebih kurang 40 orang penduduk Pos Lanai telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap projek pembinaan Empangan Ulu Telom. Mereka telah berkumpul di hadapan Menara TNB di Bangsar.

Empangan Ulu Telom Dam Pos Lanai Orang Asli Natives

Menurut penduduk Pos Lanai, pembinaan Empangan Ulu Telom di atas tanah yang berkeluasan 7600 hektar, akan menjejaskan kehidupan mereka.

Saminathan