Belia Tawau diseru semarakkan Ramadan

Hamisa Samat Program Ramadhan Tawau

Golongan belia di daerah Tawau disaran menyertai program dalam bulan Ramadan bagi  memuliakan bulan puasa dengan amal ibadah yang berterusan.

Ahli Dewan Undangan bagi kawasan Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat menyarankan pemimpin jawatankuasa masjid dan surau supaya bertindak lebih proaktif dalam usaha menarik golongan belia menyertai program bulan Ramadan.

Beliau berkata, penglibatan generasi muda perlu bagi memastikan program-program yang dijalankan pihak masjid mencapai matlamat.

“Jawatankuasa terbabit merupakan tenaga penting untuk menggerakkan institusi ibadat ini supaya lebih berfungsi sebagai pusat dakwah Islamiah setempat,” ujar Hamisa.

Katanya, pelbagai pengisian akan dilakukan menerusi program itu. Antaranya program solat tarawih, tazkirah, tadarus dan khatam al-Quran.

“Menerusi program Tadarus Al Quran anjuran Kumpulan Selawat Khairunisa Tawau, diharap dapat membentuk generasi belia Islam yang diisi dengan ilmu pengetahuan daripada peringkat awal.

Hamisa Samat Program Ramadhan Tawau 1

“Program ini merupakan sebahagian program yang diadakan setiap menjelang bulan Ramadan. Saya berharap dalam bulan yang mulia ini akan menyaksikan lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid,” katanya beliau semasa merasmikan Majlis Tadarus Al -Quran di Masjid Jamek Kampung Ranggu, Tawau,” ujar beliau.

Beliau juga menyatakan harapan amalan termasuk mengimarahkan masjid oleh para belia pada bulan Ramadan ini dapat diteruskan pada masa depan kerana ia bukannya perkara bermusim.

“Marilah kita bermuhasabah dengan memperkuatkan rohani supaya kita menjadi belia yang berjiwa besar, bercita-cita tinggi dan berakhlak mulia.

“Jika kita memiliki peribadi tinggi, ia adalah pra syarat kepada kejayaan kita untuk menguruskan bangsa dan negara,” tambah Hamisa lagi.

Program tersebut merupakan anjuran Kumpulan Selawat Khairunisa Tawau di sini kelmarin.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook