Sarawak dapat RM7.2bil daripada ekspot balak dan kayu

Sarawak dapat RM7.2bil daripada ekspot balak dan kayu

Sarawak mengeksport balak dan produk kayu bernilaiRM7.2 bilion pada tahun lepas. Menurut Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), ini merupakan kenaikan sembilan peratus daripada RM6.6 bilion yang dicatatkan pada 2009.

Sarawak mengeksport balak dan produk kayu bernilaiRM7.2 bilion pada tahun lepas.  Menurut Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), ini merupakan kenaikan sembilan peratus daripada RM6.6 bilion yang dicatatkan pada 2009.

Kuantiti eksport produk utama seperti balak, kayu bergergaji dan papan lapis juga meningkat antara sembilan dan 14 peratus.

“Begitu juga, kuantiti produk lain seperti papan berlamina juga meningkat sebanyak 87 peratus, papan partikel sebanyak 66 peratus, kayu serpai pada tujuh peratus dan papan gentian pada enam peratus.

Bagaimanapun, nilai papan blok turun sebanyak 88 peratus, batang pasak sebanyak 32 peratus, venir sebanyak 13 peratus dan kumai sebanyak sembilan peratus, kata STIDC dalam surat berita suku tahunan terkininya yang dikeluarkan, hari ini.

STIDC berkata papan lapis kekal penyumbang utama yang menyumbang 52 peratusatau RM3.8 bilion daripada jumlah itu, kayu balak pada 27 peratus atau RM2bilion dan kayu bergergaji pada 11 peratus atau RM807 juta.

Sementara itu, menurut satu kenyataan daripada Persatuan Kayu Kayan Sarawak, harga papan lapis dijangka meningkat kepada 15 peratus tahun ini susulan kenaikan 10 peratus tahun lepas.

Ia berkata disebabkan kesukaran mendapatkan bahan mentah, 35 kilang papan lapis di negeri ini hanya beroperasi pada kapasiti 70 hingga 80 peratus daripada jumlah kapasiti dipasang mereka pada 4.4 juta meter padu setahun.

Pada masa yang sama, permintaan kayu balak dan produk kayu dari negara pengimport utama seperti Jepun, Korea, India, Timur Tengah, China dan yang lain-lain dijangka mencatatkan aliran positif, kata persatuan itu.

Ini telahpun ditunjukkan dalam kuantiti eksport yang meningkat sebanya kempat peratus kepada 8.1 juta meter padu tahun lepas berbanding 7.8 juta meterpadu pada 2009.

– Bernama