Sandakan Sunday Runners sertai Gold Coast International Marathon

SANDAKAN – Pelari Sandakan Sunday Runners akan mengambil bahagian dalam kategori 10km dan maraton penuh di dalam acara yang akan diadakan di Gold Coast, Australia.

Sandakan Sunday Runners 1
Seramai dua puluh pelari dari kumpulan Sandakan Sunday Runners akan mengambil bahagian dalam Gold Coast International Marathon kali ke-36 di Australia pada 5 hingga 6 Julai ini.
Pengurus Pasukan Tan Swee Heng berkata, terdapat tiga kategori pada hari pertama iaitu Southern Cross University 10km Run, Suncorp Bank 5.7 KM Cabaran dan Junior yang meliputi jarak 2 KM dan 4 KM.
Manakala acara pada hari kedua pula adalah Gold Coast Airport Marathon (42.2km) dan ASICS Half Marathon (21.1KM).
“Sandakan Sunday Runners akan mengambil bahagian dalam kategori 10km dan maraton penuh di kedua-dua hari tersebut,” kata Tan selepas pasukan itu menerima penajaan baju T daripada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin kelmarin.
Sandakan Sunday Runners 2
Antara pelari yang akan mengambil bahagian dalam maraton penuh ialah Tan Swee Heng , Chan Ken Hong, Chu Kim Fai, Chu Kim Kim, Chu Kim Min, Foo Siok Hiong, Hii ​​Nai Wei, Kwan Pak Chang, Lim Shing Tshun, Voo Min Shing dan Woo Ming Kwai.
Manakala bagi acara 10km pula ialah Chan Yuk Hing, Chang Wing Ming, Chee Yang Nyen, Khoo Lee Fong, Lu Ah Tai, OngYee Moi, Voong Lee Thin dan Wong Keung Tsin.
Seorang peserta iaitu Yuen Jin Vui walaubagaimanapun akan mengambil bahagian dalam kedua-dua acara iaitu 10 km dan maraton penuh.
See also  Le Tour de Langkawi unveils revamped route for 2024

Gary Louis Supi