Penyeludupan minyak sawit mentah ke negara jiran disekat

Penyeludupan minyak sawit mentah ke negara jiran disekat

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Sandakan berjaya mematahkan cubaan membawa keluar minyak sawit mentah ke negara jiran.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Sandakan Seludup Minyak Sawit
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Sandakan (APMM DM17) berjaya mematahkan cubaan membawa keluar minyak sawit mentah ke negara jiran dengan menggunakan sebuah bot pancung di perairan Sandakan pagi tadi.
“Bot pancung yang berpendaftaran SN 1138/7/C telah ditahan bersama seorang tekong dan seorang awak-awak.
Hasil pemeriksaan mendapati bot pancung tersebut membawa lebih kurang 3000 liter minyak sawit mentah yang diisi di dalam badan tersebut,” kata Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah Sandakan, Kapten Maritim A.Razak bin Abd Rahman.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Sandakan 2
Tambah beliau, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang dokumen untuk membawa minyak sawit mentah tersebut dijumpai dan seorang awak-awak tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Bot pancung tersebut diiring masuk ke jeti untuk siasatan lanjut.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi