MPK terima kunjungan delegasi universiti luar negara

MPK terima kunjungan delegasi universiti luar negara

Seramai 50 pelajar bersama 4 pensyarah dari Bethel University, St Paul Minnesota, Amerika Syarikat mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini.

Seramai 50 pelajar bersama 4 pensyarah dari Bethel University, St Paul Minnesota, Amerika Syarikat mengadakanlawatan ke Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata lawatan berkenaan merupakan penghargaan kepada MPK sebagai sebuah badan pentadbiran tempatan yang mentadbir Bandar Di Raja itu.

“Selain daripada MPK,  delegasi tersebut akan turut melawat Pelabuhan Klang dan Little India Klang, Muzium Galeri Di Raja serta Istana Alam Shah,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Bethel University, Steve Thompson, 60, berkata kehadiran pelajar ke sini adalah bertujuan untuk mengenali MPK sebagai badan pentadbir yang tertua di negara ini.

Menurutnya , pelajar berkenaan mengambil Ijazah dalam bidang yang berbeza tetapi bersama dalam kegiatan muzik orkesta.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

“Kami berasa amat gembira berada di sini, layanan dan makanan yang diterima juga amat istimewa.

“Malah saya kagum dengan keunikan hubungan pelbagai kaum dapat diterjemahkan melalui masakan dan ia sesuatu yang amat menakjubkan,” katanya.

Pada lawatan itu,rombongan berkenaan turut diberi penerangan ringkas mengenai sejarah Klang dan peranan MPK oleh Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Sofian Yahya.