Indeks jenayah di Kedah menurun

Indeks jenayah di Kedah menurun

Indeks jenayah di Kedah dalam empat bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga April menurun hampir lapan peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata indeks jenayah bagi tempoh tersebut tahun lepas ialah sebanyak 4,285 kes berbanding 3,953 kes tahun ini.

Jenayah jalanan turun paling banyak iaitu 22.59 peratus atau 370 kes berbanding 478 kes dalam tempoh tersebut tahun lalu, jenayah kekerasan pula turun 6.88 peratus manakala jenayah harta benda turun 7.93 peratus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ujian Kemahiran Menembak PDRM/Perkep sempena sambutan Hari Polis ke-204 bagi kontinjen polis Kedah di sini Rabu.

Ahmad berkata keadaan itu memberi gambaran bahawa usaha membendung jenayah di Kedah adalah berkesan.

Ujian kemahiran menembak tersebut merupakan acara tahunan bagi merebut Piala Ketua Polis Kedah yang disertai kira-kira 350 peserta.