Pukul pelajar, dihukum perintah kelakuan baik

Pukul pelajar, dihukum perintah kelakuan baik

Lapan juvana yang sebelum ini mengaku bersalah menceroboh sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah Agama 7 April lalu, diperintah berkelakuan baik selama dua tahun dengan bon jaminan bercagar sebanyak RM1,500 seorang.

MARANG – Lapan juvana yang sebelum ini mengaku bersalah menceroboh sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah Agama 7 April lalu, diperintah berkelakuan baik selama dua tahun dengan bon jaminan bercagar sebanyak RM1,500 seorang.

Semua pelajar berumur antara 15 dan 17 tahun itu juga dikenakan syarat tambahan iaitu hadir ke bengkel-bengkel anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh dua tahun bersama penjaga masing-masing. Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff. Kesemua tertuduh sebelum ini mengaku bersalah menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi dan 11.30 pagi 7 April lalu, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

See also  Pepsodent sets new record with toothbrushing event

Mereka juga mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 17 tahun, pada masa dan tempat yang sama, kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.