Angin kencang dan laut bergelora jangka di perairan Sabah

Angin kencang dan laut bergelora jangka di perairan Sabah

Jabatan Metereologi mengesan ribut tropika di kedudukan 11.8 utara dan 131.3 timur, 806 kilometer dari Davao, Filipina pada pukul 2 pagi tadi dan kini bergerak ke arah Barat-Barat laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (kmsj).

Ribut yang berkedudukan 1,595 km ke Timur-Timur Laut Sandakan dan 1,618 km Lahad Datu, Sabah itu membawa angin kencang dan menyebabkan laut bergelora, menurut satu kenyataan jabatan itu hari ini.

Berikutan keadaan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama.

Ia dijangka membawa angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50kmsj ke perairan Sabah (Kudat dan Sandakan), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu bermula Jumaat (27 Mei) hingga Selasa depan (31 Mei).

Keadaan ini, yang menyebabkan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter, berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.