Sampah di Kuantan

Sampah di Kuantan

Pengunjung dan warga Kuantan yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah atau puntung rokok merata-rata, misalnya, bakal dikenakan denda maksimum RM500 berkuatkuasa 1 Julai ini.

KUANTAN – Pengunjung dan warga Kuantan yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah atau puntung rokok merata-rata, misalnya, bakal dikenakan denda maksimum RM500 berkuatkuasa 1 Julai ini. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Haslinda Hassan, semua petugas penguatkuasa majlis berkenaan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan notis kesalahan kepada mereka yang membuang sampah merata-rata.

“Dalam notis tu akan disebut secara terperinci jenis sampah yang dibuang, contohnya puntung rokok, tisu, botol minuman, pembalut gula-gula dan sebagainya. Penguatkuasaan ini adalah selaras dengan zon sifar sampah yang meliputi kawasan bandar Kuantan,” katanya.

Haslinda berkata bagi mereka yang membuang sampah dari kenderaan, staff MPK akan mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan, masa dan jenis sampah yang dibuang untuk tindakan.