Ruangan kembara@backpacker setiap Sabtu

Ruangan kembara@backpacker setiap Sabtu

Ruangan Kembara@backpackers di Komunitikini akan memberi panduan dan tips kepada si pengembara sama ada bergerak secara berkumpulan atau solo oleh penulis muda, Ayie Yusof yang akan menceritakan tips dan pengalaman di ruangan ini setiap Sabtu mulai minggu hadapan.

Kepada mereka berpeluang melancong ke destinasi idaman pastinya membuatkan anda teruja.Percutian sama ada di dalam atau luar negara, pilihannya terletak pada tangan anda. Tepuk dada, tanya kemampuan.

Tetapi, sebelum memulakan kembara ke mana-mana destinasi, ada eloknya anda merancang terlebih dahulu. Lengkapkan persediaan anda termasuk mengetahui nilai tukaran wang, waktu dunia, cuaca dan tidak kurang penting jarak ke destinasi yang ingin dituju.

Ruangan Kembara@backpacker di Komunitikini akan memberi panduan dan tips kepada si pengembara sama ada bergerak secara berkumpulan atau solo oleh penulis muda, Ayie Yusof  yang akan menceritakan tips dan pengalaman di ruangan ini setiap Sabtu mulai minggu hadapan.

Tips Sebelum Melancong

1) Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).

Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu.

See also  Skill up your career with SKiL Consultancy

Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan.Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa.

2) Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati.

Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman, adalah lebih baik untuk meninjau sedikit info mengenainya dahulu.Ketahui lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak.

Jalan paling mudah adalah menerusi internet.Semua maklumat boleh anda perolehi hanya di hujung jari sahaja. Pelbagai maklumat berguna boleh anda dapatkan di sini.

3) Gunakan khidmat agensi pelancongan.

Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong.

Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu atau membuang waktu untuk mencari tempat yang anda kurang arif tentangnya.Percutian anda akan lebih bermakna dengan agensi ini kerana jadual anda pasti padat dengan aktiviti menarik.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

4) Jangan pakai perhiasan yang mahal.

Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakkan sama sekali. Bercuti bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki. Bimbang pula saat suka berganti duka nanti.

Sebaiknya simpanlah barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin. Takut juga hiasan anda akan jadi tumpuan si pencuri.

5) Tukar mata wang sebelum bertolak.

Jika anda mahu bercuti ke luar negara, anda perlu menukar mata wang terlebih dahulu untuk berurus niaga. Anda digalakkan menukar wang anda terlebih dahulu sebelum pergi bercuti.

Ini bagi mengelakkan masalah mencari tempat tukaran wang ketika berada di luar negara.

Jika sudah sampai di sana bimbang kelam kabut pula atau mungkin membazir waktu bagi mencari lokasi tempat tukaran wang berhampiran.