Jangan belanja lebih dari kemampuan, ujar Adun Sekong

SANDAKAN – Datuk Samsuddin Yahya mengingatkan masyarakat Islam untuk mengelakkan pembaziran ketika berpuasa dan menyambut perayaan Aidilfitri.

Samsuddin Yahya Adun Sekong 2

Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya mengingatkan umat Islam supaya tidak boros serta mengelakkan pembaziran ketika berpuasa dan menyambut perayaan Aidilfitri.

Beliau berkata, sikap berjimat-cermat itu sebenarnya bergantung kepada diri masing-masing dan hanya mereka yang menentukan berapa banyak wang akan dibelanjakan.

‘‘Ini keputusan (berbelanja) kita bukan keputusan sesiapa. Itu satu perkara kerana duit ini kalau nak ikut belanja tak pernah cukup, tapi kalau tahu berjimat cermat maka perbelanjaan tidak jadi keterlaluan dan mungkin tidak akan menjadi satu beban berat,” katanya.

Samsuddin Yahya Adun Sekong 1

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Majlis Masjid Kg Bahagia, Sandakan kelmarin.

Samsudin turut mengingatkan masyarakat Islam di daerah ini agar mengamalkan tabiat berbelanja secara berhemah terutamanya ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

See also  KLEFF 2024 returns with focus on water sustainability

“Lazimnya, apabila tiba bulan puasa, tabiat berbelanja secara berlebihan berlaku dengan begitu ketara di bazar Ramadan,” katanya

Sebaliknya, katanya, mereka perlu sentiasa berjimat cermat dan memikirkan bagaimana untuk memperbaiki ekonomi keluarga dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Bulan puasa adalah bulan paling sesuai mendidik diri berjimat kerana tidak memerlukan perbelanjaan makan di siang hari dan duit itu boleh disimpan.

Dalam majlis itu beliau turut bersama-sama berbuka puasa dengan masyarakat di Kampung Bahagia sambil menunaikan solat maghrib berjemaah serta solat Isyak dan Solat Sunat Terawih.

Gary Louis Supi