Pemandu motosikal dilanggar suspek yang dikejar polis

Pemandu motosikal dilanggar suspek yang dikejar polis

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh seorang lelaki yang dikejar polis dalam satu kejadian di Sungai Besi di sini tiga hari lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh seorang lelaki yang dikejar polis dalam satu kejadian di Sungai Besi di sini tiga hari lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, dua anggota polis MPV Evopada mulanya bertembung dengan sebuah kereta Proton Putra yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Kuala Lumpur ASP Suffian Sulaiman dalam satu kenyataan berkata polis kemudiannya mengekori kereta tersebut sehingga susurkeluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) yang menghala ke Bandar Tasik Selatan.

“Apabila anggota polis telah membunyikan siren untuk memberhentikan kereta yang dipandu suspek, tiba-tiba kereta tersebut membuat pusingan dan menentangarus. Kereta suspek kemudiannya telah melanggar sebuah motosikal dan keluar darikereta yang dipandu untuk melarikan diri dari tempat kejadian bagaimanapunsuspek berjaya ditangkap,” katanya.

See also  Dangerous junction in Air Itam raises concerns

Beliau berkata pemeriksaan di badan suspek menemui satu paket disyaki ganja seberat 11.63 gram dan semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kesalahan cabul. Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh ketika dihubungiberkata suspek yang bekerja sebagai pekerja barang lusuh ditahan tidak jauh darilokasi kemalangan.

“Suspek juga disahkan positif dadah dan telah direman dan kes disiasat dibawah Seksyen 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya serta Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987,” katanya. Katanya, penunggang motosikal itu, Yip Yoon Kong, 51, maut di tempat kejadian.