Dua buruh asing maut di tapak pembinaan rumah banglo mewah

Dua buruh asing maut di tapak pembinaan rumah banglo mewah

Dua pekerja asing maut selepas dihempap palang kren dalam satu kejadian di tapak pembinaan banglo tujuh tingkat di Jalan Cerunan Tunku, Bukit Tunku di sini.

KUALA LUMPUR – Dua pekerja asing maut selepas dihempap palang kren dalam satu kejadian di tapak pembinaan banglo tujuh tingkat di Jalan Cerunan Tunku, Bukit Tunku di sini. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, palang kren bersaiz 45 meter itu yang sedang mengangkat sejumlah kayu, tiba-tiba patah sebelum jatuh dan terkena kedua-dua mangsa yang bekerja di bawah.

Menurut sumber kedua-dua mangsa iaitu warganegara Indonesia, Mat TahirMustapha, 43, yang merupakan penduduk tetap, dan warganegara Bangladesh yang dikenali sebagai Kadir, 37, mati akibat kecederaan pada tubuh mereka. Mayat mereka kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Projek itu, yang difahamkan milik seorang hartawan, mula dibina tahun lepasdan dijangka siap pada Feb 2013.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Sementara itu, penduduk yang tinggal di kawasan bersebelahan projek itu Azizah Abd Aziz, 58, berkata beliau terdengar bunyi dentuman kuat seakan guruhsebelum bergegas keluar meninjau di luar rumah bagi mengetahui apa yang berlaku.

“Ketika di luar, saya nampak palang tersebut sudah jatuh di manasebahagiannya sedang bergoyang. Saya minta mereka hentikan sementara projek itu dan periksa tahapkeselamatan dahulu memandangkan kren berkenaan betul-betul di sebelah rumahsaya dan dikhuatiri insiden itu berulang lagi,” katanya. Wakil kontraktor Seni Yakin, Alan Tan berkata pihaknya belum mengetahuipunca kejadian tersebut.

“Saya tidak tahu mengapa, ini lebih kepada (masalah) teknikal,” katanya, ketika ditemui. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkankejadian itu dan punca kejadian di tapak pembinaan banglo milik persendirian itusedang disiasat.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong