Bantu golongan kurang bernasib naik tanpa kira kaum

Adun kawasan Balung Datuk Syed Abas Syed Ali 1

Adun kawasan Balung Datuk Syed Abas Syed Ali mengingatkan bahawa usaha membantu golongan kurang bernasib baik tidak harus terbatas kepada kaum tertentu sahaja.

“Terdapat golongan yang kurang bernasib baik daripada kaum lain di negeri ini yang juga perlu dibantu bagi meringankan beban mereka,” katanya.

“Usaha membantu semua kaum yang kurang bernasib baik adalah perlu dan ia harus dilaksanakan secara berterusan dalam memastikan keperluan mereka ini dapat dipenuhi,’’ ujar beliau pada majlis penyampaian sumbangan kepada fakir dan miskin di Masjid Kinabutan Kecil, Tawau di sini kelmarin.

Adun kawasan Balung Datuk Syed Abas Syed Ali 3

Beliau memberitahu, sumbangan dan keprihatinan yang berterusan sepanjang tahun adalah perlu bagi memastikan keperluan golongan kurang bernasib baik ini dapat dipenuhi.

Apa yang penting, katanya, kerja-kerja amal perlu diterus dan tidak dilupakan agar perhatian khusus boleh diberi kepada golongan yang amat memerlukan.

Sebanyak 8 buah kampung terlibat dalam pembahagian bantuan iaitu Kg. Kinabutan Kecil, Kg. Air, Kg. Kinabutan Laut, Kg. Batu 4 Setengah, Kg. Kinabutan Tengah Batu 4, Kg. Hidayat, Kg. Batu 3 Setengah Jalan Apas dan Kg. Kurnia Jaya

Adun kawasan Balung Datuk Syed Abas Syed Ali 2

Turut hadir sama Pemimipin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.55 Balung, Said Hassan Said Idrus, Pemimpin Kemajuan Masyarakat Kawasan N.55 Balung, Gafar Ahmad, Ketua Anak Negeri kawasan N.55 Balung, Jelson Panglima Awang dan Pengerusi Masjid Kinabutan Kecil Sulle Tappu serta penerima bantuan daripada 8 buah kampung.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE