Tilawah Al-Quran ke-54 akan diadakan di Sarawak

Tilawah Al-Quran ke-54 akan diadakan di Sarawak

Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak.

Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Daud Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak dijangka melakukan upacara perasmian pada sebelah malam 13 Jun di dewan tersebut yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang selain 1,200 orang lagi di luar dewan.

“Dewan baru ini dijangka siap pada penghujung bulan ini dan kita akan memastikan semua siap sedia termasuk sistem bunyi sebelum majlis tilawa tersebut bermula,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek dewan tersebut yang bernilai lebih RM20 juta hari ini.

Beliau berkata upacara penutupan majlis tilawah akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata dewan baru itu boleh digunakan untuk penganjuran kursus, konvesyen dan majlis perkahwinan bagi kaum selepas majlis tilawah berakhir.

– Bernama