Guna ‘WhatsApp’ untuk kurangkan jenayah ujar Adun Luyang

LUYANG – Aplikasi telefon pintar seperti ‘What’sApp’ dan ‘Viber’ akan memudahkan lagi penyebaran berita dan informasi kes-kes jenayah.

WhatsApp Sabah Police
Bekas ahli parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu mencadangkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menggunakan aplikasi chat media sosial seperti “WhatsApp” dan “Viber”   untuk membantu membanteras jenayah yang semakin meningkat.
Hiew berkata, aplikasi telefon pintar seperti itu terbukti luas penggunaannya dan akan memudahkan lagi penyebaran berita kes-kes jenayah yang baru dilaporkan.
“Kaedah ini terbukti dengan berita yang tersebar hanya dalam masa beberapa minit dan turut dilengkapkan dengan gambar, tempat yang spesifik serta gambaran mengenai kejadian tersebut. Selain itu, video juga boleh dimuat naik untuk gambaran serta maklumat yang lebih jelas,” ujar beliau.
Beliau mengemukakan perkara ini setelah mengambil kira cadangan yang diterimanya daripada orang ramai.
290514PoliceLine
Beliau juga menyatakan bahawa orang awam ingin cadangan ini disampaikan kepada PDRM agar mereka menggunakan cara komunikasi yang lebih efektif bagi tujuan penyampaian maklumat kejadian kes-kes jenayah dan lain-lain.
“Ia hendaklah dikendalikan oleh stesen-stesen polis tempatan dengan diuruskan oleh pegawai bertugas,” katanya lagi.
Apabila maklumat sesuatu kes yang dilaporkan dimuat naik dalam kumpulan ‘WhatsApp’ atau ‘Viber’ PDRM, ia akan tersebar dengan cepat apabila ahli-ahli yang terdiri daripda orang awam  dalam kumpulan itu turut menyebarkannya ujar beliau.
Beliau memberikan contoh bagaimana kejadian sebuah kereta curi boleh diketahui dengan cepat apabila orang awam membantu menyalurkan maklumat selepas PDRM memaklumkan laporan kehilangan kedalam WhatsApp atau Viber.
“Tindakan pantas pihak polis dan orang awam boleh membantu menghentikan atau mengurangkan kejadian kes-kes jenayah,” ujar beliau.
“Apabila sahaja kereta tersebut dilihat, polis akan mendapat makluman segera. Panggilan telefon sudah tidak diperlukan,” kata Hiew lagi yang kini merupakan Adun kawasan Luyang.

xxx

Peningkatan kadar jenayah yang berlaku di Kota Kinabalu baru-baru ini menyebabkan penduduk merasa khuatir akan keselamatan mereka. Sepanjang lima bulan pertama tahun ini, indeks jenayah menunjukkan peningkatan sebanyak 2.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini,  sebanyak 631 telah dicatatkan berbanding dengan 618 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 13 kes atau 2.1 peratus.
Antara kejadian yang menjadi bualan hangat penduduk Kota Kinabalu pada masa kini adalah kes curi kenderaan pacuan empat roda, pecah rumah dan kes ragut.
Kejadian jenayah terbaru empat hari lepas adalah apabila seorang ahli perniagaan berusia 66 tahun maut akibat cuba menghalang kenderaannya daripada dilarikan penjenayah. Manakala kelmarin pula, seorang lelaki warga asing telah dibelasah oleh orang awam di Pekan Donggongon , Penampang selepas meragut sejumlah wang tunai dan tablet jenama Apple daripada seorang peniaga.
Beliau kemudiannya berjaya ditangkap orang awam dan dibelasah sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

 

See also  Phison's RM1bil investment to boost AI Storage industry

Gary Louis Supi