Penduduk Kg Merotai, Tawau beri sumbangan untuk tabung Palestin

TAWAU – Hasil kutipan daripada orang ramai ini akan digunakan untuk membantu penduduk Palestin yang kini menderita akibat serangan tentera rejim Zionis Israel.

Tabung Palestin Kampung Merotai Tawau
Penduduk Kampung Merotai berjaya meraih sumbangan sebanyak RM4,900 untuk membantu penduduk Palestin semasa ceramah santai Ustaz Kazim Elias di Padang SMK Merotai Besar, Tawau di sini semalam.
Sumbangan tersebut dikumpul oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.59 Tanjong Batu.
Hasil kutipan daripada orang ramai ini akan digunakan untuk membantu penduduk Palestin yang kini menderita akibat serangan tentera rejim Zionis Israel.
Majlis penyerahan Tabung Aman Palestine telah disampaikan oleh Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat semasa ceramah tersebut.
Program ini yang turut disusuli dengan Solat Isyak dan Terawih berjemaah bersama  penduduk kampung di Padang SMK Merotai Besar, Tawau.
Hampir 4,000 orang hadir membanjiri ceramah tersebut.
See also  Grand Raya for delivery heroes with Foodpanda Malaysia

Gary Louis Supi