Sumbangan sempena bulan Ramadhan di Kota Kinabalu

Sumbagan Anak Yatim UMNO Kota Kinabalu

Kira-kira 40 orang anak-anak yatim, ibu tunggal dan balu menerima sumbangan barangan makanan dan duit raya sempena bulan Ramadhan Al Mubarak daripada Biro Ekonomi dan Keusahawan UMNO Kota Kinabalu.

Sumbangan tersebut diberikan kepada golongan kurang bernasib baik termasuk 10 orang daripada Rumah Anak Yatim Tambunan.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu Datuk Faisyal Diego dengan dihadiri tetamu jemputan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang, Naib Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Sahra Mohd Noorm, Timbalan Ketua UMNO bahagian Datuk Saruji Nawawi serta ahli-ahli Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian.

Dalam majlis itu Fatimah sebagai Pengerusi Biro berkata, amalan menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang kemampuan ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang harus dipikul oleh semua pihak.

Ia adalah sumbangan kecil mereka dalam menceriakan golongan kurang bernasib baik yang datang sekitar Bandar raya Kota Kinabalu, ujar beliau.

“Adalah diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyediakan keperluan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharap dengan bantuan dan sumbangan tersebut, bulan Ramadan dan seterusnya Syawal yang menjelang akan menjadi lebih bermakna kepada mereka dan dapat disambut dalam suasana yang lebih ceria. Keduanya adalah untuk memberi peluang kepada kita untuk beramah mesra,” kata Fatimah lagi.

Jelas beliau ini adalah satu realiti hubungan antara kaum yanag menakjubkan dan merupakan satu keunikan yang wajar terus dipupuk dalam usaha mengukuhkan lagi semangat 1 Malaysia.