Ibu bapa perlu pentingkan pendidikan anak-anak

TAWAU – Ibu bapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak mereka untuk seiring maju dengan masyarakat lain ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali 1

Ibu bapa diminta memandang serius aspek pendidikan bagi memastikan mereka tidak terus tercicir dalam bidang itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Beliau berkata ibu perlu mengutamakan pendidikan anak-anak mereka untuk seiring maju dengan masyarakat lain.

Katanya pelbagai kemudahan untuk tujuan pendidikan diberikan kerajaan bagi memastikan mereka tidak tercicir namun kesempatan itu tidak dimanfaatkan oleh kebanyakan mereka.

“Kita mahu pastikan tiada antara mereka yang tercicir dalam pelajaran malah kita harap mereka tidak mengambil kesempatan terhadap apa yang disediakan kerajaan dengan meminggirkan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sinar Aidilfitri SK Taman Tawau di Dewan di sini kelmarin.

See also  Sunway Uni hosts Times Higher Education Asia Summit

Seramai anak-anak yatim S.K. Taman Tawau sebanyak 75 orang murid menerima sumbangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali 2

Syed Abas turut meinta ibu bapa supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menghadiri aktiviti anjuran sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kehadiran ibu bapa penting sebagai tanda sokongan dan galakan kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pencapaian pendidikan anakmereka.

Jelas beliau pihak sekolah sememangnya mengharapkan kerjasama bukan saja ibu bapa, malah pemimpin masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi kejayaan aktiviti yang dianjurkan sekolah.

Tegas Abas lagi penyertaan ibu bapa dan pemimpin masyarakat menjadi pendorong kepada kejayaan pihak sekolah termasuk dari segi akademik dan kemasyarakatan.

“Meskipun arus kemajuan dan penyediaan prasarana itu mungkin akan mengambil masa kerana terpaksa dilakukan secara berperingkat-peringkat, namun kita tetap menanam keyakinan tinggi bahawa kepimpinan kerajaan Pusat dan Negeri yang ada pada hari ini adalah yang terbaik sama ada untuk rakyat hari ini mahupun untuk rakyat pada masa akan datang,” ujarnya.

See also  Lewis Hamilton visits SMK Seri Keramat and champions STEM

Turut hadir sama Guru Besar S.K. Taman Tawau Fatimah Hj. Makhdirol, Naib PIBG S.K. Taman Tawau Renaldo De Los Santos, PPM Kawasan N.55 Balung Said Hassan Said Idrus, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid S.K Taman Tawau Mailie Balunting serta para penderma terdiri Pusat Tuisyen Saujana Tawau, GM Contractor, Stesen Petronas Batu 2 setengah Tawau, AG Sales And Marketing dan Syarikat Rastamas Batu 3 setengah Tawau

Gary Louis Supi