Shahrizat: Rumah anak yatim at-taqwa tak berdaftar dengan JKM

Shahrizat: Rumah anak yatim at-taqwa tak berdaftar dengan JKM

PEKAN – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni RumahAnak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh kebelakangan ini yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.

Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi. Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Pekan di sini pada 22 Mei.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata beliau telah meminta kementerian danagensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumahterbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfizdan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahuasal-usul kediaman itu,” katanya, sambil menyampaikan takziah daripada Wanita Umno kepada waris mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu.

Beliau berkata daripada 47 penghuni yang terlibat dengan bencana yangberlaku pada pukul 2.30 petang, 27 daripada mereka ditempatkan dipusat pemindahan sementara JKM di mana keluarga atau waris boleh menemui mereka di situ. Shahrizat berkata sekiranya mana-mana penghuni terbabit disahkan sebagaianak yatim, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sesuai bagimemastikan kebajikan mereka terjaga.