Masyarakat Sabah di Klang diminta bertenang

KLANG – Lanjutan daripada kes belia Sabah yang ditetak oleh sekumpulan lelaki di Klang, baru-baru ini, masyarakat Sabah diminta bertenang dan menyerakan kepada PDRM untuk siasatan terperinci.

Sabahan Clash in Klang 1
Datuk Tawfiq Titingan memberi sumbangan kepada mangsa.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Titingan meminta masyarakat Sabah yang tinggal di Klang untuk bertenang lanjutan daripada les belia Sabah yang ditetak oleh sekumpulan lelaki di Klang, baru-baru ini.

Beliau juga menasihatkan mereka supaya membenarkan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kes tersebut secara terperinci.

“Saya menyampaikan pesanan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Panglima Musa Aman) agar mereka bertenang dan bersabar serta menyerahkan kpd pihak PDRM untuk menyiasat secara terperinci insiden keganasan tersebut dan membawa pihak yg bertanggung jawab ke muka pengadilan,” ujar beliau semasa pertemuan ringkas dengan masyarakat Sabah yang menetap di Flat Sri Bayu, Klang.

Pada Julai 31, enam lelaki yang berasal dari Sabah mengalami kecederaan parah apabila diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Cyber Cafe Vital Net di Klang.

Sabahan Clash in Klang 2
Amran Amri yang kini di dalam keadaan kritikal.

“Belia-belia tersebut sedang melayari internet pada jam lebih kurang empat pagi apabila sekumpulan lelaki bertopeng yang tidak dikenali secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Cyber Café, dan melibas serta menetak semua pelanggan yang terdapat dalam Café tersebut dengan menggunakan senjata tajam,” kata beliau.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Lima belia dari Sabah kini sedang di rawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dengan seorang bernama Amran asal Kampung Arungan Table dlm keadaan kritikal, katanya lagi.

Sabahan Clash in Klang 3

“Kami juga telah melawat mangsa yang berumur 14 tahun di rumahnya di Flet Sri Bayu Klang dan telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000,” kata Tawfiq.

Belia yang cedera akibat serangan tersebut adalah seperti berikut.

1. Mohd Rais M Tahir (23 tahun)- Kampung Kenangan Manis, Sandakan.
2. Abd Mutalib Abd Rahim (14 tahun)- Kg Likas, Kota Kinabalu.
3. Mohd Junedi Negeri (20 tahun) – Kg Dunok, Keningau.
4. Amran Amri (30 tahun)- Kampung Arungan Table, Tawau.
5. Mohd Norhan Abd Karim (26 tahun)- Kg Berhala Darat, Sandakan.
6. Aidil Baddu (27 tahun)- Kampung Bandulon, Sepanggar.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

 

Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)
________________________________
Untuk maklumat terkini, sila suka kami di Facebook

 

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)
________________________________
For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi