Pekan baru Kalabakan bakal menjadi tumpuan

Pekan baru itu akan memacu dan dijangka menjadi antara enjin pertumbuhan ekonomi utama di daerah tersebut
Pekan baru itu akan memacu dan dijangka menjadi antara enjin pertumbuhan ekonomi utama di daerah tersebut
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat meminta Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) melaksanakan pembangunan rumah kedai di kawasan Kalabakan.
Katanya, kawasan itu merupakan kawasan yang strategik untuk dibangunkan menjadi Pekan Baru Kalabakan.
Hamisa berkata, “Sekali gus, ia bakal merancakkan ekonomi penduduk setempat selain menggalakkan lebih ramai usahawan bumiputera.”
” Saya harap Sedco akan memfokuskan membuka lebih banyak premis perniagaan di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi kemudahan usahawan kecil-kecilan memasarkan produk serta jualan mereka seperti di Kalabakan,” jelas Hamisa semasa kunjungan hormat Pengurus Kumpulan Sedco, Pengiran Saifudin Pengiran Tahir semalam di pejabat beliau di Kota Kinabalu.
Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, pekan baru itu akan memacu dan menjadi antara enjin pertumbuhan ekonomi utama di daerah ini kerana kedudukannya yang strategik sebagai pintu masuk ke Kalabakan dan Tawau.
Kedudukan pekan baru itu letaknya tidak sampai dua jam dari Jalan Sapulut-Kalabakan dan menghubungkan daerah Nabawan, Keningau, Pensiangan dan kawasan pantai barat.
“Apabila keluar dari Jalan Sapulut-Kalabakan, antara kawasan utama yang akan ditemui ialah kampung tersebut. Jadi apabila pekan baru itu dibangunkan, ia akan menjadi tempat persinggahan,” katanya.
Menurutnya lagi, antara tarikan dan keistimewaan kawasan tersebut adalah hasil udang galah yang menjadi sumber ekonomi penduduk sana ketika ini.
“Kita percaya lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan akan wujud. Permohonan sebuah pekan yang baru sudah lama dilakukan tetapi baru kini mendapat perkembangan positif,” katanya optimis pekan baru itu bakal menjadi tumpuan.
Antara sebab lain yang menjadikan pekan baru itu sebagai tumpuan adalah kerana letaknya Hutan Simpan Maliau Basin yang berada tidak jauh dari situ.
Maliau Basin merupakan “syurga” kepada para penyelidik serta pencinta flora dan fauna dari dalam dan luar negeri.

Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook