MPK ambil tindakan ke atas jalan merbahaya

MPK ambil tindakan ke atas jalan merbahaya

Satu lawatan bersama telah diadakan ke Jalan Pokok Sakat bagi meninjau permasalahan penduduk berkaitan keselamatan orang ramai terutama isu jalan raya melibatkan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Robert Choo dan kakitangan majlis di sini.

Satu lawatan bersama telah diadakan ke Jalan Pokok Sakat bagi meninjau permasalahan penduduk berkaitan keselamatan orang ramai terutama isu jalan raya melibatkan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Robert Choo dan kakitangan majlis di sini.

Robert berkata, Jalan Pokok Sakat merupakan jalan pintas ke Jalan Raya Barat yang sering digunakan oleh pelbagai kenderaan berikutan kesesakan trafik pada waktu puncak di lebuhraya lama.

Wakil penduduk, ST Lim, 50, berkata, Jalan Pokok Sakat merupakan laluan utama dan kini menjadi satu laluan berbahaya bagi pengguna di situ.

“Sebagai penduduk ,saya khuatir berikutan jalan ini menjadi laluan pintas pelbagai kenderaan. Kenderaan yang ada dipandu agak laju sehingga mengancam penduduk di rumah yang bertentangan dengan jalan malah terdapat selekoh tajam yang berbahaya di sini,” katanya.

Sementara itu, wakil Jabatan Kejuruteraan menjelaskan, pihaknya akan membina dua bonggol jalan di situ beserta jalur kuning bagi mengelakkan kenderaan dipandu dengan laju.

Menurutnya, bonggol beserta jalur kuning yang terletak di persimpangan Jalan Solok Puding dan Jalan Pokok Sakat dan yang berhampiran dengan selekoh akan didirikan selain satu papan tanda sebagai ciri-ciri tambahan di situ.

Sementara itu, Robert berkata, aduan daripada penduduk perlu diberi perhatian kerana ia menimbulkan risiko kepada pengguna Ini adalah unsur bahaya yang perlu ditangani.

“Usaha yang kita lakukan ini adalah salah satu keprihatinan majlis dalam membantu masalah setempat.

“Malah aktiviti turun padang seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membolehkan setiap aduan yang diterima dapat ditangani melibatkan jabatan yang