Hamisa Samat: JKK Kampung perlu lebih pro-aktif

Hamisa Samat: JKK Kampung perlu lebih pro-aktif

Tanggungjawab ketua kampung dan JKKK bukan semudah disangka, tetapi mereka hendaklah sentiasa mempunyai komitmen tinggi mahu memajukan penduduk kampung yang diwakili.

Semua pemimpin masyarakat terdiri ketua kampung dan ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) di kawasan Dun Tanjung Batu perlu mempunyai buku catatan dan rekod berkaitan penduduk di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat, berkata buku catatan dan rekod itu penting bagi mengenal pasti pelbagai masalah dihadapi penduduk setempat terutama golongan miskin, warga emas dan ibu tunggal.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian Kalabakan berkata, melalui maklumat yang ada, pelbagai usaha menyelesaikan permasalahan rakyat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Katanya, ketua kampung dan ahli JKKK adalah wakil kerajaan di peringkat akar umbi dan mereka perlu meningkatkan sistem penyampaian masing-masing bagi memastikan rakyat menikmati pembangunan yang mahu dibawa kerajaan.

See also  FOMEMA supports vulnerable communities during Ramadan

“Ketua kampung dan JKKK perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan secara menyeluruh dan berusaha mengeratkan perpaduan tanpa mengira fahaman politik,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan kerusi roda di Kampung Ulu Murut, Tawau di sini, semalam.

Turut hadir sama Pemaju Mukim kawasan Kalabakan, Harris Abdullah dan Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat Dun Tanjung Batu.

Hamisa berkata, peranan ketua kampung dan JKKK kini bukan lagi hanya sebagai kumpulan pendesak atau mengemukakan pelbagai permohonan kepada kerajaan, tetapi sebagai pengantara yang mampu merangka pelbagai program dan rancangan bagi faedah rakyat.

“Oleh itu, tugas serta tanggungjawab ketua kampung dan JKKK bukan semudah disangka, tetapi mereka hendaklah sentiasa mempunyai komitmen tinggi mahu memajukan penduduk kampung yang diwakili,” katanya.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Abdul Rahman berkata, ketua kampung dan JKKK perlu bertindak melaporkan kepada pihak yang berkenaan seperti penghulu jika berlaku sebarang masalah di kampung mereka untuk disalurkan kepada agensi berkaitan.

“Tindakan segera itu penting supaya usaha penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan pantas, tanpa menimbulkan rungutan penduduk,” katanya.

Gary Louis Supi