Kemiskinan bukan alasan abai pendidikan anak-anak

SANDAKAN – Alasan seperti itu hanya akan menjadikan masa depan anak-anak bertambah malap tanpa asas pendidikan yang kukuh ujar Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Adun Sekom Samsudin Yahya

Ibu bapa diingatkan agar tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap pendidikan anak-anak.

Alasan seperti itu hanya akan menjadikan masa depan anak-anak bertambah malap tanpa asas pendidikan yang kukuh, kata Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Beliau menjelaskan, pemikiran seperti itu harus dikikis kerana anak-anak mempunyai potensi tersendiri dan boleh berjaya sekiranya aspek pendidikan diberikan keutamaan apatah mereka yang berada di luar bandar.

“Kita mahu ibu bapa mengambil berat mengenai soal penting seperti ini. Jangan ambil mudah kerana kita tidak tahu sejauh mana kemampuan anak-anak ini boleh dikembangkan,“ ujar Samsudin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Penyampaian Bantuan Persekolahan Yayasan Sabah kepada 20 pelajar sekolah di Kampung Tronglit, Sandakan.

See also  Compulsory preschool: Worthy goal needs strong foundation

Dalam ucapannya, Samsudin mahu semua Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) aktif mencari keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Ia bertujuan memastikan semua masyarakat terutamanya di luar bandar mendapat pembelaan yang berterusan tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik, jelas beliau lagi.

“Kita perlu sedar bahawa golongan seperti ini memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Masyarakat tidak seharusnya mengamalkan tunggu dan lihat tetapi bergerak aktif mencari golongan miskin.

“Pada masa yang sama, kita mahu supaya mereka yang menerima bantuan menjadikan ia sebagai satu pembakar semangat bagi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan,” ujar beliau.

Gary Louis Supi