Pelancaran Kempen Anti Kutu Sampah daerah Telupid

Flag_of_Sabah.svg
Kempen Anti Kutu Sampah peringkat Daerah Telupid akan dilancarkan pada  8 September depan sebagai menyahut seruan kerajaan negeri dalam usaha mewujudkan bandar bersih dan bebas sampah.
Penolong Pegawai Daerah Telupid Jumain Abdul Ghani berkata, kempen itu selaras dengan daerah pengistiharan Telupid sebagai daerah penuh sebagaimana diumumkan Ketua Menteri Sabah awal tahun ini.
Menurutnya, pelancaran kempen tersebut juga merupakan antara usaha memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar akan pentingnya menjaga kebersihan daerah tersebut sebagai pekan persinggahan pelancong tempatan dan luar negara.
Pelancaran kempen tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Adun Labuk merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Michael Asang.
Antara aktiviti pada hari pelancaran adalah pentauliahan 30-duta anti kutu sampah yang terdiri daripada ahli Kelab Alam Sekitar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid.
Selain itu,  ceramah mengenai kesedaran pembuangan sampah juga diadakan yang akan disampaikan oleh Dewan Bandar raya Kota Kinabalu (DBKK).

Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook