Harimau Dahan betina berjaya ditangkap dan dipasang kolar

Harimau dahan betina 1
Harimau dahan betina 1

Seekor Harimau Dahan betina  telah berjaya diperangkap buat pertama kalinya hasil daripada projek usahasama diantara Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), WildCRU dan Pusat Lapangan Danau girang (DGFC) pada 15b Ogos lepas.

Haiwan seberat 9.9 kg tersebut, yang kemudiannya dipasangkan kolar satelit, telah masuk ke dalam salah satu perangkap yang dipasangkan di sepanjang Sungai Kinabatangan dalam persekitaran Danau Girang Field Centre (DGFC).
Menurut seorang pelajar PhD dari Universiti Oxford Andrew Hearn yang mewakili WildCRU bahawa, ianya merupakan Harimau Dahan betina yang pertama berjaya diperangkap.
“ Individu ini merupakan Harimau Dahan liar keempat yang diletakkan kolar, dan merupakan betina yang pertama.” Kata Andrew sambil menambah Harimau Dahan tersebut berkeadaan sihat setelah diperiksa.
Harimau dahan betina 2
Harimau dahan betina 2
Beberapa hari sebelum itu, seekor Harimau Dahan betina yang pernah ditangkap pada September 2013, telah berjaya ditangkap semula tetapi tidak dipasangkan kolar memandangkan saiznya yang masih terlalu kecil.
Oleh itu, penangkapan dan pemasangan kolar Harimau Dahan betina yang dinamakan ‘Rahsia’ itu dilihat sebagai kejayaan sebenar projek tersebut, setelah hampir setiap hari dalam tempoh setahun setengah kerja-kerja pemerangkapan dilakukan.
“ Kami berharap bahawa, data daripada kolar beliau akan memberikan maklumat penting terhadap pergerakan beliau yang membolehkan tindakan bersesuaian untuk pembangunan pemuliharaan bagi spesies itu, “kata Hearn dalam suatu kenyataan akhbar bersama oleh ketiga-tiga agensi tersebut yang dibuat kelmarin.
Harimau dahan betina 3
Harimau dahan betina 3
Manakala Pengarah DGFC dan penyelidik di Universiti Cardiff Dr. Benoit Goossens yang membawa program ini pula berkata, pengkolaran Harimau Dahan betina ini merupakan sebahagian daripada program pengesanan intensif satelit bagi mengkaji ekologi ruang dan habitat Harimau Dahan di kawasan Kinabatangan yang mempunyai lanskap berpecah-pecah serta rendah dan dikuasai ladang kelapa sawit dan hutan.
Selain itu,  haiwan karnivor simpatrik lain turut terlibat dalam kajian program  pengesanan intensif satelit tersebut.
Benoit berkata, “ Kajian kami memainkan peranan penting dalam pengurusan serta pemuliharaan Harimau Dahan.”
Harimau dahan betina 4
Harimau dahan betina 4
“ Dengan memahami bagaimana hidupan liar menggunakan landskap yang sentiasa berubah diharap dapat membantu kita mengurangkan tahap ancaman  yang ditimbulkan oleh perubahan-perubahan ini,” kata Benoit sambil menyifatkan usaha tersebut adalah suatu perjuangan dalam pertempuran yang tewas seperti yang dapat dilihat di Kinabatangan hari ini.
Projek usahasama ini, yang memberikan tumpuan terhadap penyelidikan dan pemuliharaan Harimau Dahan dan karnivor lain di Sabah, sebahagian besarnya dibiayai oleh Sime Darby Foundation.
Manakala pembiayaan serta sokongan tambahan pula disediakan oleh Zoo Atlanta, Zoo Houston, Recanati-Kaplan Foundation, Robertson Foundation, Point Defiance Zoo, Projek Harimau Dahan dan Rufford Foundation. “

Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE