Dorongan ibu bapa untuk anak-anak aktif sukan penting

PENAMPANG – Ibubapa harus peka dan sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada anak-anak agar terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan, selain daripada akademik.

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu 1
Ibu bapa harus peka dan sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada anak-anak agar terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan, selain daripada akademik.
Perkara ini dinyatakan oleh Kaunselor Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu Sulaiman Awang semasa merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu ke-13 Tahun 2014 di stadium Penampang, kelmarin (Khamis).
Sulaiman berkata, “ Sesungguhnya penglibatan aktif murid-murid dalam kegiatan kokurikulum telah menjadi salah satu syarat permohonan menanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam.”
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu 2
Oleh itu, dorongan harus terus diberikan kepada anak-anak disamping penekanan yang turut diberikan dalam bidang akademik, ujar Sulaiman.
Katanya lagi bahawa, usaha-usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bukanlah menjadi beban tugas pihak sekolah dan guru; tetapi ia juga dipengaruhi oleh peranan institusi keluarga itu.
“ Peranan ibubapa dan guru-guru umpama aur dengan tebing. Kerjasama dua hala antara guru-guru dan ibubapa amat penting dalam menentukan misi dan visi sekolah itu tercapai seterusnya membentuk generasi yang berdaya saing serta bersemangat juang yang tinggi.” Katanya lagi.
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu 3
Sebelum itu, Pengetua SMK Taman Tun Fuad Puan Wanihim Othman dalam ucapan beliau berkata, pencapaian dalam sukan dan kokurikulum memerlukan kerjasama semua pihak.
Wanihim berkata, “ Saya amat berbangga dan berterima kasih kerana penglibatan para pelajar dalam kegiatan sukan dan kokurikulum turut mendapat sokongan ibubapa.”
“ Walaupun sekolah ini kecil, tapi kami warga SMK Taman Tun Fuad berbangga kerana masih mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum berkat komitment dan semangat perjuangan para pelajar, guru-guru dan ibubapa,” katanya lagi sambil turut mengucapkan terima kasih atas sokongan padu PIBG dalam aktiviti sekolah tersebut.
Sekolah SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan setakat ini, ia telah berjaya melahirkan beberapa atlit yang berpotensi.
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu 4
Antaranya ialah adik Mcedger Sage Smith yang terpilih mewakili Malaysia dalam SEA GAMES 2015 dalam acara memanah, dan adik Ian Jeremy Mogindol yang mendapat tempat ke-3 dalam PSC national games 2011 Kellan Province of Negrs Occidental & Cities of Bacalod, Bago, Silay & Talisay Filipina.
 
Selain itu, sekolah tersebut juga telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam bidang kokurikulum. Antaranya ialah Anugerah Lima Bintang bagi Hari Koperasi Sekolah 2013 peringkat kebangsaan, Johan Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat daerah Kota Kinabalu, Johan Pertandingan teater Komsas peringkat daerah Kota Kinabalu 2014, Johan Pertandingan Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah peringkat negeri Sabah, dua pingat emas dan satu gangsa dalam acara silat peringkat daerah Kota Kinabalu 2014 dan lain-lain.

Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)

________________________________

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi