Aaron Tam: Lagu tema kemerdekaan ke-57 akan kekal relevan

KOTA KINABALU – ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ mencerminkan keharmonian negara ini dan akan kekal relevan selepas tarikh 31 Ogos.

Penyanyi Sabah Aaron Tam
Penggiat seni tempatan Sabah Aaron Tam menyatakan bahawa lagu  tema yang dipilih sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-57 dan Hari Malaysia pada 16hb September akan datang, amat secocok.
Menurut beliau ,‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ mencerminkan lebih lanjut lagi tentang keharmonian negara ini, akan kekal relevan walaupun tarikh 31 Ogos telah berlalu.
Penyanyi  yang terkenal dengan lagu bertajuk ‘Banduan Cinta’ ini merasakan bahawa, kemerdekaan dalam konteks ini perlu dilihat dari segi perpaduan kaum agar keharmonian negara ini berkekalan.
Perpaduan kaum penting kerana dengan cara ini, ia dapat menjamin keamanan serta kestabilan negara ujar beliau.
 “ Negara pelbagai kaum ini akan sentiasa berkeadaan aman dan makmur sekiranya hubungan baik diantara kaum dikekalkan.”ujar beliau kepada wartawan CJMY baru-baru ini.
“Hari kemerdekaan adalah sesuatu yang bebas dari segala kebencian terhadap fahaman agama serta bangsa lain,” kata Aaron atau nama sebenarnya Harun yang mula bermain alat muzik selepas menamatkan zaman persekolahan lebih dua dekad lalu dan kini menetap di Petagas.
 “Jiwa dan minda kita hendaklah bebas dari segala kejahatan, malah, ia perlu disulami dengan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya lagi.
Beliau cenderung melihat dari sudut ini setelah mengamatinya dalam kebanyakkan persembahan beliau sebagai artis di Sabah.
Beliau akui, interaksi beliau dengan penonton sejak awal pembabitannya dalam seni telah membuka mata beliau akan kepentingan hubungan baik antara kaum.
Pada awalnya, Aaron telah menyambung pelajaran di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Sabah atau dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM) Sabah pada awal 90an selepas tamat persekolahan.
Ketika itu, beliau kerap mengiringi rakan-rakan bermain gitar dalam persembahan pentas atau mana-mana majlis pelajar yang dianjurkan selain aktif dalam bidang sukan.
Selepas tamat pengajian dalam jurusan perniagaan, beliau bertugas di Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) tetapi masih terus kekal aktif secara sambilan dalam bidang seni tempatan di negeri ini.
Pada pertengahan dekad 2000, beliau mengambil keputusan untuk aktif memenuhi undangan menyanyi dalam majlis-majlis rasmi, amal, perkahwinan dan lain-lain memandangkan permintaan semakin baik di negeri ini.
Hasil pengalaman dan interaksi dengan orang ramai inilah yang membuatkan beliau sedar bahawa, perpaduan kaum merupakan alat yang ampuh untuk mengekalkan keamanan serta keharmonian negara.
Beliau mengaitkan dengan penonton yang datang menyaksikan persembahan beliau yang terdiri daripada pelbagai bangsa berasal daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Hubungan baik yang beliau lihat dikalangan penonton pelbagai bangsa ini menjadikan suasana persembahan lebih harmoni.
“Begitu lah sekiranya kita dapat kekalkan hubungan baik diantara kaum di negara ini, nescaya negara kita akan lebih harmoni suasananya, “ katanya menamatkan perbualan.
Dalam perkembangan berlainan, lagu “Banduan Cinta” yang dinyanyikan Aaron sebenarnya adalah hasil kolaborasi beliau dengan As Bow (Hip Hop).
Lirik serta melodi lagu tersebut telah diciptakan beliau pada tahun 2010 manakala Rap dibuat oleh As Bow.
Lagu ini mendapat sambutan yang baik dikalangan penduduk tempatan Sabah dan pernah disiarkan MTV di Astro Tvi 180 melalui  program Sabah iaitu Sioknya Bayu. Ia turut disiarkan dalam sistem list seperti KKFM, Suriafm dan terbaru Sabahfm.
Beliau juga pernah menjuarai pertandingan kugiran sempenan Sukan Staf UMS sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2008 bersama kumpuan Esteem sebagai vokalis dan pada tahun 2012 bersama kumpulan Twin Tower .

Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi