‘Program bertanya khabar’ angkatan tentera is Sabah

‘Program bertanya khabar’ angkatan tentera is Sabah

Menyedari pentingnya jalinan dengan masyarakat setempat dalam menguatkuasakan undang-udang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan ‘Program Bertanya Khabar’ dalam rondaan keselamatan di kawasan perairan timur negeri Sabah.

Menyedari pentingnya jalinan dengan masyarakat setempat dalam menguatkuasakan undang-udang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan ‘Program Bertanya Khabar’ dalam rondaan keselamatan di kawasan perairan timur negeri Sabah.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 Brig Jen Mohd Ezam Wan Chik berkata program itu merupakan salah satu kaedah untuk menjadikan ATM lebih mesra rakyat dan langkah terbaik untuk berdamping rapat dengan rakyat tempatan.

“Pada masa sama, kami boleh mendapatkan maklum balas mengenai tahap keselamatan mereka di kawasan jagaan kami dan akan digunakan untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan itu,” katanya ketika ditemui selepas melawat Op Pasir Sektor Utara di Pulau Berhala semalam.

Menurutnya menerusi program itu, anggota tentera yang melakukan rondaan dikawasan perairan akan menghampiri kapal dan bot nelayan, bot penduduk kampung dan bot atau kapal dari negara asing untuk bertanya khabar.

Katanya pendekatan itu juga akan mengurangkan anggapan segelintir mereka yang menganggap pemeriksaan oleh ATM itu bertujuan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan.

Pada lawatan itu, Mohd Ezam yang baru dilantik ke jawatan itu pada 7 Mei lepas turut melawat lokasi penempatan anggota tentera di Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Jambongan.

Beliau berpuas hati dengan tahap prasarana tempat tinggal dan kemudahan asas anggota ATM bertugas dan kawalan keselamatan yang mereka laksanakan di Sektor Utara meliputi perairan timur negeri itu.

Beliau berkata tahap keselamatan di perairan itu adalah terkawal berikutan kawalan keselamatan yang ketat oleh pasukan keselamatan termasuk ATM, Polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

– Bernama