Penduduk Kg Kerandang mahu MB Selangor turun padang

Penduduk Kg Kerandang mahu MB Selangor turun padang

Menurut sumber daripada kakitangan pejabat menteri besar, perjumpaan tersebut terpaksa dibatalkan kerana enam keluarga tidak mahu berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebaliknya mahu beliau turun padang ke kawasan itu.

Satu perjumpaan dijadual diadakan dengan enam keluarga menetap atas tanah pendudukan sementara (TOL) di kampung Kerandang di Hulu Selangor di pejabat menteri besar Selangor tengah hari tadi telah dibatalkan pada saat akhir.

Menurut sumber daripada kakitangan pejabat menteri besar, perjumpaan tersebut terpaksa dibatalkan kerana enam keluarga tidak mahu berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebaliknya mahu beliau turun padang ke kawasan itu.

Sumber kakitangan memberitahu sebahagian wartawan media cetak dan elektronik tiba di bangunan SUK Sultan Idris Shah kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan berita daripada stesyen televisyen tempatan jam 8 malam semalam menemubual salah seorang wakil penduduk menerusi perbualan telefon.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Wakil penduduk tidak berpuas hati dengan kenyataan menteri besar yang juga ADUN Ijok pada sidang media petang semalam.

Khalid berkata bahawa semakan yang dibuat mendapati hanya enam keluarga yang menetap atas tanah TOL ini dan dakwaan yang mengatakan lebih 100 keluarga tinggal di kampung ini adalah kurang tepat.

Susulan itu, wakil penduduk yang kecewa kerana hanya enam keluarga layak menerima tanah TOL telah bercadang untuk berkumpul membantah tindakan kerajaan negeri itu.

Ketika dihubungi Komunitikini tengah hari tadi, salah seorang wakil penduduk, Mohamed Hassan, 57, ternyata kesal dengan kenyataan menteri besar itu.

Beliau berkata sewajarnya menteri besar memikirkan nasib dan masalah bakal dihadapi seluruh penduduk Kg Kerandang sekiranya mereka diarahkan berpindah daripada kawasan itu.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

” Enam keluarga diarahkan untuk menteri besar berjumpa hari ini juga bersimpati dengan nasib kami, sebab itu mereka menolak pelawaan tersebut.

“Kami diberi notis akhir berpindah awal bulan Jun ini, kami akan berjuang berhabis-habisan untuk mendapatkan hak kami,” katanya.