Penahanan Ali cuma “Roadshow” kata peguam

NUSAJAYA – Pihak polis daripada IPD Nusajaya telah menghadapkan Ali ke mahkamah majisterat di sini untuk meminta reman sebanyak empat hari. [VIDEO]

Peguam Jimmy Puah Wee Tse menyifatkan penahanan Ali Abdul Jalil di bawah Akta Hasutan 1948 sebagai satu “Roadshow” (pertunjukan jalanan) untuk mematahkan semangat Ali.

Menurutnya lagi pihak pendakwaraya gagal untuk membuktikan Ali gagal untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Puah juga memberitahu Ali yang dibawa ke IPD Nusajaya tidak disoal siasat malah dibiarkan menonton televisyen selama 5 jam dan makan nasi briyani.

“Kalau nak reman setakat nak ambil “statement”(kenyataan) sahaja, maka semua orang dalam dunia yang belum bagi “statement” (kenyataan) mesti kena tahan.

Ini bercanggah dengan hak rakyat Malaysia dalam perlembagaan yang memastikan kebebasan individu untuk bergerak dan tidak boleh ditahan sewenang-wenangnya,” ujarnya lagi

Pihak polis daripada IPD Nusajaya telah menghadapkan Ali ke mahkamah majisterat di sini untuk meminta reman sebanyak empat hari. Tetapi setelah mendengar hujah bantahan daripada pihak peguam bela, hakim majisterat telah bersetuju mengurangkan tempoh reman selama tiga hari.

Ali Abdul Jalil yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 ditangkap semula dan dibawa ke Johor  pada Selasa selepas dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM8,000 di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Saminathan