Selangor adakan mesyuarat khas penstrukturan industri air

Selangor adakan mesyuarat khas penstrukturan industri air

Kerajaan Selangor bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan penyelesaian isu penstrukturan semula industri air dengan Kerajaan Persekutuan pada minggu pertama Jun ini.

Kerajaan Selangor bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan penyelesaian isu penstrukturan semula industri air dengan Kerajaan Persekutuan pada minggu pertama Jun ini.

Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hasil keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tengah hari tadi dan yakin mesyuarat khas itu akan membawa hasil yang positif tidak lama lagi.

“Antara agenda yang dijadualkan akan dibincangkan ialah pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2 yang mana kerajaan negeri akan membuat keputusan sama ada perlu mengeluarkan arahan pembangunan dalam masa yang terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu selama dua jam di bangunan (SUK) Sultan Idris Shah, Shah Alam.

See also  ASIAWATER tackles water security challenges in SEA

Khalid berkata, kerajaan negeri tetap menekankan keutamaan mesti diberikan untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri air supaya kecekapan perkhidmatan bekalan air dapat ditingkatkan.

Selain itu, menurutnya langkah itu juga dapat mengekalkan takrif air pada kadar munasabah sekali gus dapat  meneruskan pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan.

“Kami telah memberikan kerjasama dan usaha terbaik bagi mempercepatkan proses penstrukturan semula yang mana pada tawaran terakhir, kami telah memasukkan satu fasal yang membenarkan pemegang konsesi menggunakan Timbangtara Antarabangsa `International Arbitration` jika tidak setuju dengan harga yang ditawarkan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Keetha) serta dua pemegang konsesi, SYABAS dan Puncak Niaga dilihat lebih berminat menakut-nakutkan rakyat kononnya akan berlaku krisis air pada tahun 2014 untuk mendesak kerajaan negeri mengeluarkan arahan pembangunan bagi projek Langat 2.

See also  Air Itam Dam low on water, PBAPP urges conservation 

“Sehubungan itu, kerajaan Selangor akan terus bekerjasama dengan semua pihak dan tidak membantah sama sekali pembinaan Langat 2 tetapi tetap dengan pendirian bahawa projek ini patut dilaksanakan selepas isu penstrukturan air diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.