Larian Muzim di Muzium Tentera Darat, Sabtu ini

Larian Muzim di Muzium Tentera Darat, Sabtu ini

Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan mengadakan Larian Muzium sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di Muzium Tentera Darat, Port Dickson (MTD), Sabtu ini.

Gambar hiasan

Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan mengadakan Larian Muzium sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di Muzium Tentera Darat, Port Dickson (MTD), Sabtu ini.

Setiausaha jawatankuasa, induk Mohd Razaimi Hamat berkata larian itu terbuka kepada semua warga muzium Malaysia, kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, ahli kelab, persatuan dan pertubuhan, pelajar dan orang ramai.

“Lapan kategori yang dipertandingkan untuk larian sejauh antara 10 km dan 4 km itu ialah terbuka lelaki, terbuka wanita, terbuka muzium lelaki, terbuka muzium wanita, veteran muzium lelaki, veteran muzium wanita serta pelajar lelaki dan wanita,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Katanya pertandingan itu menawarkan hadiah, sijil serta wang tunai berjumlah RM15,500 kepada pemenang tempat pertama hingga kesepuluh bagi lapan kategori yang dipertandingkan.

See also  IPC celebrates Raya with "Bestnya Raya Stail Saya"

Borang penyertaan boleh didapati di MTD, JMM, Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Muzium Negeri Sembilan dan laman sesawang www.jmm.gov.my/hma2011.

Tarikh tutup penyertaan pada Jumaat ini.