PBT tangani longkang kotor sebaik mungkin

PBT tangani longkang kotor sebaik mungkin

Jarak sejauh 1200 kilometer, kerja-kerja pembersihan sebanyak tiga kali setahun dengan beberapa lokasi tumpuan menjadikan isu parit dan longkang semakin mencabar di daerah Klang.

Jarak sejauh 1200 kilometer, kerja-kerja pembersihan sebanyak tiga kali setahun dengan beberapa lokasi tumpuan menjadikan isu parit dan longkang semakin mencabar di daerah Klang.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, sepanjang lima bulan pertama, sebanyak 21 aduan diterima melibatkan kawasan Meru.

Menurutnya, antara masalah yang sering diajukan ialah tersumbat, runtuh(tebing),kotor dan air bertakung serta keadaan parit yang telah pecah.

“Isu parit dan longkang merupakan perkara yang sering diterima oleh MPK Prihatin dan setiap aduan ini akan disalurkan kepada jabatan yang terlibat untuk diambil tindakan.

“Selain daripada itu, permasalahan ini juga memerlukan kerjasama daripada penduduk setempat kerana ada diantaranya berpunca daripada sikap mereka (penduduk) yang gemar membuang sampah ke dalam longkang,” katanya.

Norfiza berkata, bagi kawasan Meru,antara lokasi yang sering menjadi perhatian ialah Jalan Teratai,Jalan Puding dan Jalan Salleh serta beberapa tempat sekitar pekan itu.

Menurutnya, selain daripada itu, pemantauan berterusan bagi memastikan isu berkaitan longkang dapat diatasi akan sentiasa diadakan oleh majlis bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat.