Alumni AD UiTM anjur program kumpul bekas graduan

Alumni AD UiTM anjur program kumpul bekas graduan

Alumni AD Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan menganjurkan program mengumpul bekas graduan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dari ITM dan UiTM 4 bertempat di fakulti itu, Sabtu ini.

Alumni AD Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan menganjurkan program mengumpul bekas graduan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dari ITM dan UiTM 4 bertempat di  fakulti itu, Sabtu ini.

Penyelarasnya, Misya Idris berkata objektif utama program ini bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan kelima dengan memilih dan mengundi ahli jawatankuasa yang baru dan membincangkan aktiviti tahunan yang akan di jalankan pada tahun ini.

Menurutnya, ia juga menjadi “one-stop-centre” untuk mendapatkan maklumat atau bertukar-tukar fikiran serta memajukan diri dengan perkembangan industri seni, persatuan tersebut.

“Program itu dijangka bermula jam 9.30 pagi dan 4 petang di mana antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut ialah pertandingan bintang ALUMNI AD iaitu pertandingan nyanyian terbuka, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun,” katanya.

Selain itu, Misya berkata turut diadakan pertandingan melukis bagi kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun, pertandingan koleksi lensa nostalgia dan jualan gerai.

Untuk maklumat lanjut,  boleh menghubungi  Rusni 012-2055 285 atau Nabila  017-2392 370.