Flash mob desak kerajaan selesaikan masalah kenaikan harga barang

RIMAS menyatakan bahawa Flash mob tersebut juga bertujuan mendesak kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

Kira-kira 25 orang individu menyertai satu ‘flash mob‘ di Seberang Jaya bagi mendesak kerajaan untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan juga menghentikan permainan politik.

Dianjurkan oleh sebuah NGO bernama Rakyat Ingin Malaysia Aman Sejahtera atau RIMAS, ‘flash mob’ tersebut juga bertujuan mendesak kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

Flash mob desak kerajaan selesaikan masalah kenaikan harga barang
Flash mob desak kerajaan selesaikan masalah kenaikan harga barang

Jurucakap RIMAS, Mohd Azman Mohd Yusof berkata kerajaan pada hari ini patut menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang telah membebankan rakyat.

“Kenaikan ini memberi impak yang sangat besar kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40.

“Kerajaan harus mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan permasalahan ini sebelum ia menjadi lebih parah lagi,” kata beliau lagi.

Flash mob desak kerajaan selesaikan masalah kenaikan harga barang

Beliau juga menegaskan, walaupun situasi ekonomi yang sedang meruncing, ahli politik masih sibuk berebut kuasa dengan mendesak keperluan untuk mengadakan pilihan raya. Kata beliau lagi, ahli politik seharusnya memikirkan masalah rakyat dan menjaga masalah rakyat.

“Rakyat sudah semakin rimas dengan situasi politik ini yang tidak pernah berkesudahan,” katanya.

Flash mob desak kerajaan selesaikan masalah kenaikan harga barang

Mohd Azman berkata dengan itu RIMAS ingin kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian kenaikan harga barang, memulangkan semula subsidi barang-barang keperluan asas dan menghentikan permainan politik.

Beliau berkata RIMAS akan terus memastikan hak dan kebajikan rakyat Malaysia terbela dan akan terus mendesak hingga kerajaan dapat mencari penyelesaian.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.