FMM gesa mekanisma harga tenaga yang adil

FMM gesa mekanisma harga tenaga yang adil

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mahukan ketelusan, ketentuan harga serta penanda aras yang adil dalam mekanisma harga tenaga bagi tarif elektrik dan gas asli.

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mahukan ketelusan, ketentuan harga serta penanda aras yang adil dalam mekanisma harga tenaga bagi tarif elektrik dan gas asli.

Presidennya Tan Seri Mustafa Mansur berkata penanda aras yang adil ialah diskaun harga bagi gas asli dari Bintulu, dan menambah, industri Malaysia tidak sepatutnya membayar lebih tinggi daripada harga eksport bagi gas asli cecair.

Dalam ucapannya pada jamuan malam tahunan ke-43 FMM semalam, beliau berkata FMM bimbang terhadap kelewatan dalam menyelesaikan harga dan ketidak cekapan dalam rangkaian bekalan tenaga.

“Selagi keadaan ini berterusan, kami akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi.”

Mengenai gaji minimum, Mustafa berkata ia sepatutnya gaji pokok serta elaun tetap, seperti definasi Bank Dunia.

Kerajaan juga wajar menimbang perbezaan kos hidup antara sektor ekonomi, selain faktor seperti kemahiran dan kedudukan ekonomi, katanya.

“Semakan gaji perlu telus, dan gaji minimum mesti bersesuaian dengan keuntungan dari segi produktiviti, penguasaan kemahiran serta kemampuan melakukan pelbagai tugas,” katanya.

– Bernama